Bismillahirrahmannirrahim
Memandangkan
ramai yang mahu tahu sejarah bagaimana saya boleh terlibat dengan dunia
penulisan ini, saya akan coretkan untuk tatapan bersama.
Saya
mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini sewaktu saya berusia 11
tahun. Ketika itu, sekolah saya menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Salah satu pertandingan yang saya ingat untuk tahun 4, 5, 6 ialah
Pertandingan Menulis Cerpen. Setiap pelajar wajib masuk.
Ketika
itu, saya bukanlah seorang yang minat membaca sangat. Novel Bahasa
Melayu pun ada satu sahaja. Itu pun sewaktu saya darjah empat. Novel
Bahasa Inggeris pun, saya baca sewaktu usia 10 tahun ke bawah. Paling
popular, karya-karya Enid Blyton.
Berbalik kepada Pertandingan Menulis Cerpen itu, saya pun menulislah. Tajuknya pun saya tidak ingat. Usai menulis,
saya menyalin cerpen itu semula dalam buku nota. Sayanglah katakan
kerana saya rasa cerpen itu agak menarik perhatian saya. Ceh, perasan!
Selang
beberapa hari kemudian, saya menatap kembali cerpen sebanyak dua
mukasurat itu, timbul untuk menyambung cerpen itu. Lantas, saya
mengoyak dan huraikan lagi cerpen itu. Akhirnya, berubah menjadi
novel pula.
Sejak
dari hari itu, minat saya terhadap menulis terlalu mendalam. Apabila
naik ke darjah enam, saya masih ingat lagi, saya pernah mendapat markah
untuk subjek Bahasa Melayu (Penulisan) iaitu 95%. Saya juga
dianugerahkan Best Subject of Bahasa Melayu(Penulisan). Selain itu, saya juga menyertai bengkel penulisan Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Apabila
naik ke alam sekolah menengah, saya masih menambah lagi bab-bab untuk
novel tersebut. Banyak kali juga diubah jalan cerita, plot, dan tajuk
cerita. Biasalah, masih tidak matang dari segi tatabahasa dan kosa
kata yang masih lemah. Akhirnya, tajuk novel itu diberi oleh kawan
saya iaitu 'Untaian Mahabbah Fillah'. Saya pernah menghantarnya di dua
syarikat penerbitan dan ditolak. Jadi, saya melupakan hasrat untuk
menghantar novel itu dan hanya menjadi tatapan membaca untuk diri
sendiri sahaja kerana saya rasa cerita itu agak merepek. Hampir empat
atau lima tahun juga saya menulis cerita itu.
Hobi menulis ini tidak pernah berhenti. Meskipun saya berada di asrama dan tidak dibenarkan membawa laptop, saya mengambil buku tulis dan menulis di dalamnya. Saya ada juga menulis satu lagi cerita yang bertajuk 'Twins Forever'. Masih ada dalam buku nota dan tidak bertaip lagi dalam komputer. Novel
itu, saya menulis sekadar suka-suka dan masih tidak berhajat untuk
menghantar ke mana-mana lagi.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia penulisan ini, apa yang saya dapat ialah kosa kata saya bertambah dengan membaca.
Selain itu, saya juga menyertai lagi tiga bengkel penulisan iaitu Bengkel Penulisan Kanak-Kanak 2012 anjuran Mustread Sdn.Bhd, Bengkel Penulisan Islamik Hilal Asyraf Zon Tengah 2013 anjuran Langitiman Resources, dan Minggu Penulis Remaja 2013 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kesimpulannya, membaca dan menulis merupakan terapi untuk saya.
Wallahu a'lam.