Bismillahirrahmannirrahim.
Sudah
lama saya tidak meng'update' blog kesayangan saya ini, lantaran sibuk
menjadi mahasiswa. Ok, ini semua poyo!
Untuk
pengetahuan semua, saya menyambung pelajaran saya di Centre For
Foundation Studies, International Islamic University Malaysia dalam
jurusan undang-undang.
Sepanjang
saya berada di CFS ini, terlalu banyak ujian yang telah saya hadapi.
Gembira, kecewa, menangis, dan seumpama dengannya telah saya rasai. Penat usah dikata. Setiap hari, saya terasa penat. Namun begitu,
saya sedar bahawa ini semua untuk mengajar saya erti kesabaran dan
ketabahan sebenarnya. Cumanya, saya yang terlambat sedar dan tidak
berusaha untuk menyelaminya.
Projek
penulisan saya pun turut tegendala seketika akibat kesibukan yang saya
hadapi. Bukan bermakna saya berhenti menulis untuk selama-lamanya.
Itu mustahil kerana menulis adalah separuh daripada nyawa saya. Bagai
irama dan lagu.
Apa-apa pun, saya berharap semoga perjalanan saya akan lebih teratur selepas ini. Wallahu a'lam.