Bismillahirrahmannirrahim
Sudah
lama sangat tak menjenguk blog ini lantaran malas yang teramat. Untuk saya katakan saya sibuk itu, tidak juga sebab di CFS IIUM, jadualnya tidaklah
terlalu padat sebab subjek yang saya belajar pun tidak banyak sangat.
Tiba-tiba hari ini, rajin pula saya mahu menulis entri baharu. Mungkin saya rindu untuk membebel dan berkongsi kisah.
Angka 18 ini merujuk kepada usia saya yang telah berusia 18 tahun, 3 bulan, 3 minggu, dan 2 hari (mengikut hari ini).
Setelah
selamat menjawab End of Semester untuk Sem 1 13/14, apa yang dapat saya
simpulkan bahawa terlalu banyak pengalaman pahit manis sepanjang
menjadi hamba Allah, anak, kakak, adik, pelajar, dan sahabat. Terasa
perjalanan semakin sukar.
Saya
sedar bahawa kehidupan memang bukan mudah. Masih terasa yang diri ini
tidak matang. Masih gagal untuk menjadi seorang yang baik. Saya
amat menyedari hakikat itu.
Kehilangan
seseorang dan kemunculan seseorang itulah yang banyak mengajar saya
supaya bersikap lebih memahami, lebih menyayangi, dan lebih
berhati-hati. Bukannya saya boleh puaskan hati semua orang. Namun
begitu, saya berusaha untuk memberi dan terus memberi.
320 dan 305 dalam kenangan untuk Sem 1, 13/14. Demi Allah, saya akan sentiasa merindui kalian :')
Brothers starting from left:- Azhar, Azim, Mustaqim, Fazriel, Arif, Azizul Hakim, Syahmi, Kasyaf, Salahuddin, Syarafuddin
Sisters starting from left:- Ezma, Alia, Saya, Ermilia, Aisyah, Natrah, Amirah, Basirah, Amalina, Nabila, Aainaa, Aidiela, Faizah, Aznie
"Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan"
1 comment:
sentapppp seehhhh yg "diantara kita bukan sebilik lagi...hahaha...:P
Post a Comment