Sunday, November 13, 2011

Kem Ibadah "Jelajah Masjid" + Taman Warisan Pertanian

Bismillahirrahmannirrahim...

Saya terlibat dengan Kem Ibadah selama 3 hari 2 malam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Masjid Besi. Keseronokan dan kepenatan memang terasa.

Saya bersama 7 ahli yang lain iaitu Rahman, Akmal Zaimi, Eri (Tidak tahu nama sebenar), Akmal, Amin, Najihah, Hanisah, dan dua orang kakak fasi iaitu Kak Hana dan Kak Hajar yang sentiasa bersabar melayan kerenah kami. Gambar tidak ada sebab ketika itu semua telefon bimbit peserta telah ditahan.
 

Inilah kakak-kakak fasi yang setia bersama kami...

Selesai Kem Ibadah, kami pergi Taman Warisan Pertanian. Memakan masa untuk kami berjalan selama 1 jam 15 minit. Memang kaki sudah berat untuk melangkah.

 Buah Ciku...
Tak ingat nama tumbuhan ini.

 Buah nangka. Sebelah itu, Kak Fatma, pekerja Taman Warisan yang sudi menerangkan setiap nama pertanian walaupun matahari sangat terik.

Ini pula bunga buah naga. Cantik sangat! Subhanallah!


Tiga gambar ini pula, saya pergi ke rumah penoreh getah dan saya berpeluang untuk melihat cara-cara untuk memproses getah.

Program ini memang bagus dan bermanfaat. Terima kasih kepada unit ibadah Setiabudi kerana menjayakan program ini.

Sunday, October 2, 2011

Program ESQ - Part 2

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah, saya telah berjaya melepasi halangan setiap modul ESQ. Sedih juga apabila program ini sudah berakhir. Saya perlu praktikkan di dunia luar selepas tamatnya program ESQ ini. Ini merupakan bukti yang saya telah sah menjadi alumni ESQ. Alhamdulillah.

*Malu untuk tunjuk muka


Selain itu, saya ada beli juga CD Nasyid Gema Palestin. Kompilasi artis nasyid Malaysia.



Selepas ini, saya berharap yang saya akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih sabar seperti yang telah diajar modul ESQ 156.

Insya-Allah.

Saturday, October 1, 2011

Program ESQ - Part 1

Bismillahirrahmannirrahim...

Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan dan membanggakan saya. Saya berpeluang untuk menyertai program ESQ atau nama panjangnya Emotional Spiritual Quotient. Sebenarnya, program ini memang mahal tetapi saya dapat menyertai secara percuma atau dalam erti kata lain sponsor. Terima kasih kepada sesiapa yang sponsor. Moga-moga Allah memberkati hidupnya.

Selain itu, saya dapat tag seperti di bawah ini. Rasa gembira sangat. Tag ini untuk sementara sahaja.


Program ini berlangsung selama dua hari. Insya-Allah, esok saya akan sertai lagi untuk modul yang seterusnya. Esok juga, saya akan dapat sijil dan kad ESQ alumni. Alhamdulillah, secara automatik saya telah menjadi ahli ESQ seperti yang diidam-idamkan suatu ketika dahulu. 

Banyak manfaat yang saya dapat daripada ESQ ini... Paling utama, saya menyedari hakikat kehidupan dan siapa pencipta yang mencipta kita.