Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Monday, April 30, 2012

Preparation IBF 4 tomorrow

 Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, sempena hari pekerja esok, saya akan pergi ke PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Saya telah buat persediaan senarai buku yang hendak dibeli.



Juga, saya tidak lupa hadiah buat penulis remaja kesayangan saya iaitu Kak Ain Maisarah. Hadiah ini bersempena dengan kejayaannya dalam dunia penulisan. Sejujurnya, sudah empat tahun (termasuk tahun ini), saya telah memberi beliau sebanyak empat buah hadiah tetapi bagi saya, inilah hadiah yang paling istimewa. Saya harap beliau amat menyukainya dan dapat membantunya dalam memajukan dunia penulisan. Insya-Allah.


Selain itu, saya juga mahu jumpa penulis islamik kegemaran saya iaitu Kak Fatimah Syarha atau lebih dikenali sebagai Kak Ha. Insya-Allah, novel terbarunya kompilasi bersama suaminya, Dr Farhan Hadi akan dilancarkan pada keeoskan harinya yang dterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd yang bertajuk...


Sunday, April 22, 2012

PBAKL, 5 Days More To Go

Bismillahirrahmannirrahim.


Saya tidak sabar untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL yang akan berlangsung di PWTC dari 27 April sehingga 6 Mei.

Memang saya sudah menyenaraikan buku-buku yang akan saya beli. Terutamanya, buku-buku 'Soalan-Ssoalan Tahun Lepas' sebab ada diskaun. Saya pasti menyerbu buku-buku pelajaran dan novel-novel.

Antara novel-novel yang saya akan beli:

1)Diari Gadis Bintang
2)Hero Vs Bonda Pet
3)Aku Mahu Lawan Hantu
4)Jutawan Gedik
5)Stanza Cinta
6)Sebarkan CintaMu
7)Cinta High Class dan Cintaku Kerana AgamaMu - 2 dalam 1
8)Mustafa Kamal
9)Tuhan Masih Mencintaiku
10)Seriosa Cinta Erika

Juga, beberapa Novel Ain Maisarah yang baharu. Walaupun usia 17 tahun semakin hampir dan seterusnya bakal ke zaman dewasa tetapi novel-novel Ain Maisarah tetap menjadi pilihan. Mungkin sekarang saya sudah kurang membaca novel remaja seperti zaman tingkatan dua dan tingkatan tiga tetapi novel Ain Maisarah tetap berada dalam hati.

Kronologi:

-Masih teringat lagi perjumpaan kali pertama bersama Ain Maisarah di Mines sewaktu saya berusia 14 tahun.
 -Perjumpaan kedua di PWTC sewaktu saya berusia 15 tahun.
-Perjumpaan ketiga di PWTC sewaktu saya berusia 16 tahun.

Thursday, April 19, 2012

Genap Setahun di Sekolah Menengah Setiabudi

Bismillahirrahmannirrahim



Alhamdulillah, secara rasminya hari ini genap setahun saya bersekolah di Sekolah Menengah Setiabudi. Segala suka duka tersimpan di sini.

Saya juga merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Setiabudi yang telah berpindah sekolah di Kelantan dan saya datang kembali untuk bersekolah di sini.

Pada mulanya, agak sukar untuk saya berada di sini untuk menyesuaikan diri dan mengalami kejutan budaya tetapi sekarang, alhamdulillah saya berjaya mengatasi dan gembira berada di sini.

Walaupun sekolah saya ini bukanlah sekolah agama tetapi alhamdulillah, ada juga persamaannya.

Semoga Allah memberkati seluruh warga Sekolah Menengah Setiabudi. Semoga Allah redha :)