Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Friday, March 22, 2013

Keputusan SPM

Bismillahirrahmannirrahim.
 Keputusan SPM saya

21 Mac 2013, hari bersejarah buat seluruh bekas pelajar SPM 2012 iaitu tarikh keputusan SPM. Alhamdulillah, saya telah buat yang terbaik walaupun ada satu subjek itu tidak mencapai sasaran yang saya harapkan. Namun begitu, saya bersyukur kerana berdasarkan apa yang saya target sebanyak 90%, saya dapat untuk keputusan sebenar.
  
 Hikmah yang saya dapat:-
Konklusinya, 
A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

Tuesday, March 12, 2013

Hadiah dari Luton

Bismillahirrahmannirrahim

Peristiwa yang saya tidak sangka iaitu ayah kawan sekolah rendah saya dulu, datang rumah saya semata-mata untuk memberikan sesuatu yang pernah saya pesan pada anaknya itu tetapi saya tidak sangka, dia tidak beritahu bahawa ayahnya berada di Malaysia.

Namun begitu, saya memang teruja dengan hadiah tersebut. Dari luar negara. Luton... Luton itu di mana pula? Saya pun tak pasti. Hahaha.

Saya rasa sangat awesome sebenarnya. Biarpun sudah 9 tahun kami tidak bersua tetapi di FB merupakan medium untuk kami saling berhubung.

"Husna Rayyan binti Mohd Tahir, serius aku rindukan kau!"

Apa hadiah yang saya terima daripada Husna? Mari kita lihat.


S.T.A.M.P.S

Saya memang suka kumpul setem dan pernah pesan kepada dia supaya carikan setem untuk saya dan saya akan bayar. Pada hari ini, saya menerima setem dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

"Husna, aku harap friendship kita kekal hingga ke akhirnya. Aku sayang kau."