Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Saturday, December 31, 2011

Hari Jadi

Bismillahirrahmannirrahim

Saya dan keluarga telah menyambut dan meraikan hari jadi adik kembar yang lahir pada 31 Disember dan sepupu saya yang lahir pada 29 Disember di Cosy Corner, Wangsa Maju.


 Selesai makan, ada kejutan untuk mereka. Diiringi muzik dan kek hari jadi yang dibawa oleh pelayan. Pertama kali saya melihat suasana itu. Beruntung mereka. Pelanggan-pelanggan dalam kedai itu pun turut menyanyikan lagu Happy Birthday untuk mereka bertiga. Adik-adik saya malu sebenarnya xD


Semoga Allah memberkati hidup mereka :)

Saturday, December 24, 2011

Aqsa Syarif Teens + Graduation Day

Bismillahirrahmannirrahim.

Saya telah terlibat tiga aktiviti dalam satu hari. Sepatutnya, aktiviti pertama saya untuk pergi ke tuisyen tetapi memandangkan program anjuran Aqsa Syarif masih tidak membuat apa-apa persediaan lagi dan bermula pada pukul 2.30 petang, saya tidak jadi pergi ke tuisyen.

Memandangkan AJK Aqsa Syarif Teens yang lain masih tidak datang lagi, jadi saya usahakan sendiri untuk kemas tempat yang disediakan. Letih memang letih tetapi alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun terlewat dari waktu yang sepatutnya.

Peserta perempuan

 Peserta lelaki

 Abang Faiz yang menjadi pengacara majlis untuk Program Aqsa Syarif Teens ini.

Apabila anak-anak buah saya sedang buat pembentangan, abang saya datang dan dia bawa pergi Graduation Day kakak saya pula. Sedih juga apabila saya tidak dapat menyertai untuk majlis penutup. Memang saya terkejar-kejar sebenarnya. Letih ada, pening pun ada.

Usai Maghrib, saya menuju untuk Hari Graduasi kakak saya di Hotel De' Palma.

 Kebosanan melanda.


Bersama kakak saya (Graduan 2011)

Sunday, December 18, 2011

Preview Novel:-VT & Sinergi

Bismillahirrahmannirrahim

Saya rasa seronok membaca novel-novel Hilal Asyraf. Novel-novel beliau banyak mendidik diri ini, meskipun saya baru sahaja membaca tiga buah karyanya iaitu Hero, VT, dan Sinergi.

Percaya atau tidak, saya sanggup korbankan tidur saya semata-mata untuk menghabiskan novel VT yang memang unik jalan ceritanya. Sekarang ini, saya sedang berusaha menghabiskan bacaan novel Sinergi pula. Tidak sabar saya untuk mengetahui pengakhiran novel Sinergi ini. Moga-moga saya terinspirasi untuk menulis novel seperti Hilal Asyraf.

Insya-Allah.

Memang sesuai dengan tema yang dibawa oleh Hilal Asyraf "Mari Menjadi Hamba".

Sunday, December 11, 2011

Jalan-Jalan

Bismillahirrahmannirrahim

Saya berpeluang untuk menyertai usrah di Taman Tasik Titiwangsa yang disertai juga oleh kawan-kawan Maahad Al-Manar. Sudah beberapa bulan saya tidak berjumpa dengan mereka. Memang saya rindukan mereka.



Selepas tamat usrah, saya, kakak saya, dan dua orang kawan saya pergi kedai binatang. Pelbagai binatang yang ana jumpa. Comel pula semuanya!

Sugar glider atau tupai terbang

 Err... Saya sendiri tidak tahu binatang apakah ini tetapi saya suka apabila lihat binatang ini bersalam dengan manusia.

 Arnab ini saya lihat seperti cotton candy pula. Geram dengan bulunya yang sangat gebu.

 Ini arnab atau wonderpet? Saya sendiri pun tidak pasti.

 Kalau dalam sangkar ini, penuh dengan binatang 'wonderpet' tetapi binatang yang sedang diusap iaitu arnab.

Panorama indah. Subhanallah!

Wednesday, December 7, 2011

Preview Novel Hilal Asyraf

Bismillahirrahmannirrahim.
 

Sebenarnya, novel ini saya beli secara online pada tiga hari yang lepas. Novel ini telah selamat sampai di tangan saya. Alhamdulillah.

Jujurnya, ini merupakan novel pertama yang saya baca hasil nukilan Hilal Asyraf. Selama ini, saya baca novel karya Ain Maisarah sahaja. Kini, saya berjinak-jinak pula dengan penulisan Hilal Asyraf. Walaupun saya sekadar membaca cerpennya, Aicha di laman webnya, Langit Ilahi tetapi penulisannya yang unik itu membuatkan saya mahu membaca novelnya pula. Penulisan beliau yang penuh islamik dan bahasa yang mudah difahami membuatkan saya ingin membaca novel-novelnya yang lain pula. Selepas ini, saya mahu membeli novelnya, Sinergi selepas membaca sinopsisnya.

Sinergi


Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan. Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya. Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu. Sekumpulan pelajar bermasalah "Disaster Five" tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah. Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...

Saturday, November 19, 2011

Ihtifal Lil Athfal

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah, saya telah menyertai satu program yang bernama Ihtifal Lil Athfal di Masjid Besi, Putrajaya. Memang terasa letihnya sebab program ini tamat selepas Maghrib.



Namun begitu, keletihan saya terbalas apabila saya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hafazan. Alhamdulillah. Berkat sokongan kawan-kawan, guru-guru, dan ibu bapa yang turut sama-sama menyaksikan anak-anak mereka berlawan...


Inilah hadiah yang saya terima.

Alhamdulillah! Tahniah juga buat kawan-kawan saya yang lain.

Rahman Sarbini (Tempat kedua Tilawah Lelaki Peringkat Menengah)
Adam Shah Shahidan (Tempat ketiga Tilawah Lelaki Peringkat Menengah)
Nur Farah Liyana (Juara Tilawah Perempuan Peringkat Menengah)
Amin Al-Hadi (Juara Hafazan Lelaki Peringkat Menengah)
Amirun Raha (Tempat kedua Hafazan Lelaki Peringkat Menengah)
Amin Al-Hadi (Juara Khat)

Sunday, November 13, 2011

Kem Ibadah "Jelajah Masjid" + Taman Warisan Pertanian

Bismillahirrahmannirrahim...

Saya terlibat dengan Kem Ibadah selama 3 hari 2 malam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Masjid Besi. Keseronokan dan kepenatan memang terasa.

Saya bersama 7 ahli yang lain iaitu Rahman, Akmal Zaimi, Eri (Tidak tahu nama sebenar), Akmal, Amin, Najihah, Hanisah, dan dua orang kakak fasi iaitu Kak Hana dan Kak Hajar yang sentiasa bersabar melayan kerenah kami. Gambar tidak ada sebab ketika itu semua telefon bimbit peserta telah ditahan.
 

Inilah kakak-kakak fasi yang setia bersama kami...

Selesai Kem Ibadah, kami pergi Taman Warisan Pertanian. Memakan masa untuk kami berjalan selama 1 jam 15 minit. Memang kaki sudah berat untuk melangkah.

 Buah Ciku...
Tak ingat nama tumbuhan ini.

 Buah nangka. Sebelah itu, Kak Fatma, pekerja Taman Warisan yang sudi menerangkan setiap nama pertanian walaupun matahari sangat terik.

Ini pula bunga buah naga. Cantik sangat! Subhanallah!


Tiga gambar ini pula, saya pergi ke rumah penoreh getah dan saya berpeluang untuk melihat cara-cara untuk memproses getah.

Program ini memang bagus dan bermanfaat. Terima kasih kepada unit ibadah Setiabudi kerana menjayakan program ini.

Sunday, October 2, 2011

Program ESQ - Part 2

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah, saya telah berjaya melepasi halangan setiap modul ESQ. Sedih juga apabila program ini sudah berakhir. Saya perlu praktikkan di dunia luar selepas tamatnya program ESQ ini. Ini merupakan bukti yang saya telah sah menjadi alumni ESQ. Alhamdulillah.

*Malu untuk tunjuk muka


Selain itu, saya ada beli juga CD Nasyid Gema Palestin. Kompilasi artis nasyid Malaysia.



Selepas ini, saya berharap yang saya akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih sabar seperti yang telah diajar modul ESQ 156.

Insya-Allah.

Saturday, October 1, 2011

Program ESQ - Part 1

Bismillahirrahmannirrahim...

Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan dan membanggakan saya. Saya berpeluang untuk menyertai program ESQ atau nama panjangnya Emotional Spiritual Quotient. Sebenarnya, program ini memang mahal tetapi saya dapat menyertai secara percuma atau dalam erti kata lain sponsor. Terima kasih kepada sesiapa yang sponsor. Moga-moga Allah memberkati hidupnya.

Selain itu, saya dapat tag seperti di bawah ini. Rasa gembira sangat. Tag ini untuk sementara sahaja.


Program ini berlangsung selama dua hari. Insya-Allah, esok saya akan sertai lagi untuk modul yang seterusnya. Esok juga, saya akan dapat sijil dan kad ESQ alumni. Alhamdulillah, secara automatik saya telah menjadi ahli ESQ seperti yang diidam-idamkan suatu ketika dahulu. 

Banyak manfaat yang saya dapat daripada ESQ ini... Paling utama, saya menyedari hakikat kehidupan dan siapa pencipta yang mencipta kita.

Wednesday, July 20, 2011

IIUM Interschool Debating Championship 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama juga saya tidak menulis entri baharu dek baru sahaja usai Pertandingan Debat IIUM peringkat kebangsaan.

Saya cerita pusingan satu hingga enam. Saya merupakan رئيس الوزراء (Perdana Menteri) untuk الحكومة (Kerajaan) dan زعيم المعارضة (Ketua Pembangkang) untuk المعارضة (Pembangkang).

Pada جولة الأولى (pusingan pertama), sekolah saya berlawan dengan SBPI Rawang. Alhamdulillah, usul kami sebagai الحكومة (Kerajaan) مقبول (diterima). Alhamdulillah, sekolah kami MENANG.

Pada جولة الثانية (pusingan kedua), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor. Namun begitu, usul kami sebagai المعارضة tidak diterimam maka kami KALAH untuk pusingan ini.

Pada جولة الثالثة (pusingan ketiga), sekolah saya berlawan dengan sekolah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Alhamdulillah, usul kami sebagai الحكومة (kerajaan) مقبول (diterima). Alhamdulillah, MENANG.

Pada جولة الرابعة (pusingan keempat), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah Kajang, usul kami sebagai الحكومة (kerajaan) مقبول (diterima)Alhamdulillah, MENANG...

Pada جولة الخامسة (pusingan kelima), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Sri Ayesha sekali lagi untuk pertandingan ini memandangkan kami pernah berlawan ketika Pertandingan Debat Musleh dulu. Alhamdulillah, usul kami sebagai المعارضة (pembangkang) مرفوض(ditolak) dan kami MENANG.

Pada جولة السادسة (pusingan keenam), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, usul kami sebagai الحكومة(kerajaan) مرفوض(ditolak), maka kami KALAH...

Konklusinya...

Menang - 4
Kalah - 2


Walaupun keputusan kami ada yang kalah, kami tetap diterima untuk meneruskan perjuangan ke pusingan suku akhir. Sekali lagi, sekolah saya berjumpa dengan Sekolah Menengah Islam Hira' yang pernah kami lawan dahulu ketika di Debat MUSLEH. Alhamdulillah, kami menang.

Ketika Abang Nuzulul Qadar mengumumkan sekolah kami berjaya ke peringkat separuh akhir, saya paling terkejut dan terkesan. Ramai nampak wajah saya yang sememangnya terkejut dan kelihatan takut kerana skrin menunjukkan SMI (Sekolah Menengah Islam), saya terpaksa kecilkan mata. Rabunlah katakan. Tulisan pula iaitu gabungan warna hijau cair dan tulisan berwarna putih. Memang sah-sah, saya tidak nampak kerana saya ingatkan Sekolah Hira' sebab sekolah mereka merupakan SMI, sedangkan sekolah saya pula iaitu  SM( Sekolah Menengah). Rupa-rupanya, tersilap tulis SMI Setiabudi. Sejak bila sekolah kami jadi SMI pun, kami tidak tahu. Hakikat sebenarnya, saya bangga, takut, gembira, dan perasaan saya sudah bercampur-baur ketika itu.

Namun begitu, perjuangan sekolah ana berakhir di pusingan separuh akhir. Sekolah saya kalah dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah buat kali kedua tetapi saya tidak kecewa pun. Sekiranya sekolah saya berjaya ke pusingan akhir, tajuk untuk pusingan akhir iaitu اِستخدَامُ الطّاقةِ النّوويّةِ لمصلحةِ الدّولةِ أَفْضَلُ (Penggunaan tenaga nuklear untuk kepentingan negara). Sangat susah! Lagipun, sekolah saya tidak buat persediaan untuk tajuk itu.

Alhamdulillah. Walaupun sekolah saya setakat ke peringkat separuh akhir sahaja, itu sudah cukup membanggakan saya kerana ini merupakan kali kedua dan tahun pertama untuk Sekolah Menengah Setiabudi menghantar pendebat Bahasa Arab.

Syukur.

Sunday, July 3, 2011

Kenangan Pertandingan Debat Musleh

Bismillahirrahmanirrahim.



Selesai sudah perjuangan debat saya dalam pertandingan Musleh International School Debating Championship. Seribu kesyukuran meskipun sekolah saya kalah tetapi saya bangga kerana mengikut senarai untuk debat Bahasa Arab, sekolah saya mendapat nombor 9 daripada 20. Alhamdulillah. Bertambah bangga juga apabila ini merupakan kali pertama saya menyertai debat dan tiada pengalaman dalam arena perdebatan. Di sekolah lama dahulu, debat agama sahaja. Bukan seperti debat yang saya sertai ini dan sangat lain. 

Apa yang saya dapat dalam dunia perdebatan ini, saya dapat banyak pengalaman daripada sekolah-sekolah lain yang lebih berpengalaman dalam arena perdebatan ini. Bagi saya, nombor 9 itu sudah memberi makna yang sangat besar kepada kami sebagai pelajar Sekolah Menengah Setiabudi kerana ini merupakan kali pertama sekolah kami menghantar wakil untuk debat Bahasa Arab dan kami pun baru sahaja memulakan arena perdebatan.

Perbezaan markah sekolah saya dan KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) yang mendapat tempat yang ke-8, hanya berbeza sebanyak 0.2% sahaja. Alhamdulillah. Kiranya, sekolah kami yang baru pertama kali menyertai debat ini masuk mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan Sekiranya sekolah saya mendapat tempat ke-8, bolehlah kami ke peringkat suku akhir tetapi tiada rezeki.

Tidak mengapa kerana ada satu lagi pertandingan debat iaitu IIUM Interschool Debating Championship yang akan menyusul dalam masa 2 minggu daripada sekarang.

Kesimpulannya, arena perdebatan Pertandingan Debat Musleh ini merupakan tempat bermulanya saya belajar untuk menjadi seorang pendebat yang lebih baik. Seribu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ikhwan kerana banyak mencurahkan ilmu dalam dunia perdebatan dan bersabar melayan kerenah kami sepanjang latihan debat.

Friday, July 1, 2011

Debate....


Bismillahhirrahmannirrahim


Debat telah bermula. Memang agak mencabar dan pertama kali pula berdebat tetapi tidak apa. Ini kronologi debat.


Pusingan pertama, sekolah kami (Sekolah Menengah Setiabudi) berlawan dengan Maahad Tahfiz Al-Azhar. Memang sangat mengarut dari segi penyampaian dan persembahan. Kami kalah pada pusingan itu. Kami cuba untuk buat lebih baik pada pusingan kedua.

Pusingan kedua pula, kami berlawan dengan Sekolah Sri Ayesha. Sebenarnya, saya takut juga sebab ada orang Arab untuk pihak lawan. Untuk pihak lawan, mereka tidak ada isi sangat tetapi dari segi penyampaian mereka, saya suka dan bahasa berbunga-bunga. Untuk pusingan ini, alhamdulillah kami m
enang.

Pusingan ketiga pula, sekolah saya berlawan dengan Sekolah Menengah Islam Hira'. Saya agak tersentak apabila terjumpa bekas senior dari Maahad Al-Manar iaitu sekolah lama saya. Hakikatnya, memang pelajar lelaki Maahad Al-Manar ini lagi hebat Bahasa Arab mereka berbanding pelajar perempuan Al-Manar. Dari segi hujah, kami ada 4 isi sahaja. Tidak berapa kuat hujah kami untuk menang. Pihak lawan pula ada 7 isi tetapi lebih kurang saja hujah mereka. Ketika itu pun, saya sudah mengantuk sangat sebab berlawan sehingga tengah malam. Kami kalah pada pusingan ini...


Kesimpulannya...

Menang - 1
Kalah - 2


Untuk hati esok, ada satu sahaja lagi pusingan sebelum menuju ke pusingan suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Saya tidak kisah pun kalau kalah sebab ini pun baru sahaja pertama kali berdebat. Sekurang-kurangnya, sekolah kami cuba juga untuk menang pusingan keempat supaya menjadi seimbang.

Insya-Allah.

Wednesday, June 29, 2011

Perjuangan....

Bismillahirrahmanirrahim.



Pada hari esok, bermulanya perjuangan saya sebagai seorang ahli debat, bertarikh 30 Jun 2011 sehingga 3 Julai 2011 yakni pada hari Khamis sehingga Ahad iaitu Pertandingan Musleh International School Debating Championship di Hotel Putra. Buat pertama kali, saya menyertai debat secara serius. Semasa saya berada di sekolah lama, memang saya debat secara main-main kerana debat sesama kawan sahaja dan bukannya berlawan dengan sekolah luar. Kini, saya merasa debar. Sekolah lain juga turut merasai. Debat Bahasa Arab sebanyak 17 kumpulan tetapi satu sekolah hanya perlu berlawan sebanyak hanya 4 kumpulan sahaja. 

Rasa sangat berdebar. Saya berharap apabila undi nanti, sekolah saya dapat tajuk yang telah kami bincang secara sempurna.

Tuesday, May 17, 2011

Kucing...

Bismillahirrahmannirrahim

Saya mahu menulis entri berkenaan kucing pula. Saya memang obses dengan binatang yang bernama kucing Sebenarnya, kucing sangat comel kalau badan kucing agak obesiti tetapi tidaklah sehingga obesiti yang begini:


(Ini terlebih obes namanya. Susah kalau saya mahu main atau dukung)

Sebenarnya, kucing ini memahami kalau ia kenal kita. Sebut sahaja nama ia, ia tahulah tuannya panggil. Walaupun saya tidak pernah bela kucing di rumah tetapi saya ada bela kucing di asrama. Namanya, Kyo... 


Ini gambar Kyo

Rindu sama Kyo!


Tidak apalah, janji saya pernah bela. Kyo comel kerana ia bagaikan ada sarung kaki. Itu yang membuatkan Kyo sangat comel walaupun bulunya hitam.

Ini lagi kelakar. Kawan saya buat khianat terhadap seekor kucing ini dengan menggunakan highlighter untuk buat 'eyeshadow'. Aduh, kasihan pula! xD


Wednesday, May 4, 2011

Preview novel:-Setanggi Kalbu Harraz

Bismillahirrahmannirrahim...


Saya mahu kongsikan sinopsis tentang novel ini. Memang menarik dan membina peribadi Muslim.

"Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafiz, dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai.Harraz dan enam sahabatnya mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.

Ujian Maha Hebat melanda. Anta impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti berdasandarkan syariat Allah dan nawaitu yang ikhlas. Dapatkah dia menggapai untuk mengikut ikon nasyidnya-Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhaitir?"

Harga: RM19.90(Sem Malaysia)
RM21.90 (S/S)

Friday, April 29, 2011

Saya dan Ain Maisarah

Bismillahhirahmannirrahim

Alhamdulillah, saya dapat juga berjumpa lagi penulis kesukaan saya, Kak Ain Maisarah buat kali ketiga. Memang perasaan saya apabila dapat bertemu dengan penulis terkenal ini terlalu gembira...








PBAKL 2011

Bismillahirrahmannirrahim


Novel Ain Maisarah yang tidak akan saya ketinggalan untuk memilikinya. Terutamanya apabila beliau ada tulis buku baharu. Menariknya, saya dapat jam secara percuma sebab saya beli set 'Secret Box The Wannababes'. Memang eksklusif dan cantik. Paling seronok, saya dapat tandatangan Ain Maisarah. Itu yang paling penting.


Novel Palestin Kami Datang nukilan Fatimah Syarha dan suaminya, Farhan Hadi pun tidak kurang hebatnya. Saya pernah baca nukilan-nukilan Kak Fatimah dan Dr Farhan. Memang rohani rasa terisi dan banyak mengajar erti kemanisan Islam yang sebenar.


Tiba-tiba saya rasa terpikat untuk beli buku ini. Mungkin sebab ada nama Ummar mungkin yang membuatkan saya rasa hendak beli. Apabila nama watak menarik, cerita pun jadi menarik. Buku dari Syarikat Must Read ini saya tidak pernah beli langsung. Cumanya, saya pernah pinjam satu buku mengenai Al-Quran daripada senior tetapi tidak apa, sinopsisnya begitu menarik.Tahniah Siti Shahirah!


Terakhir, novel Setanggi Kalbu Harraz. Pertama kali saya melihat buku ini, terus saya jatuh hati. Apabila saya baca sinopsis dan nama watak, saya tidak teragak-agak untuk beli. Memang menarik dan saya beri 10 bintang untuk buku ini.