Friday, April 29, 2011
PBAKL 2011
Bismillahirrahmannirrahim


Novel Ain Maisarah yang tidak akan saya ketinggalan untuk memilikinya. Terutamanya apabila beliau ada tulis buku baharu. Menariknya, saya dapat jam secara percuma sebab saya beli set 'Secret Box The Wannababes'. Memang eksklusif dan cantik. Paling seronok, saya dapat tandatangan Ain Maisarah. Itu yang paling penting.


Novel Palestin Kami Datang nukilan Fatimah Syarha dan suaminya, Farhan Hadi pun tidak kurang hebatnya. Saya pernah baca nukilan-nukilan Kak Fatimah dan Dr Farhan. Memang rohani rasa terisi dan banyak mengajar erti kemanisan Islam yang sebenar.

Tiba-tiba saya rasa terpikat untuk beli buku ini. Mungkin sebab ada nama Ummar mungkin yang membuatkan saya rasa hendak beli. Apabila nama watak menarik, cerita pun jadi menarik. Buku dari Syarikat Must Read ini saya tidak pernah beli langsung. Cumanya, saya pernah pinjam satu buku mengenai Al-Quran daripada senior tetapi tidak apa, sinopsisnya begitu menarik.Tahniah Siti Shahirah!

Terakhir, novel Setanggi Kalbu Harraz. Pertama kali saya melihat buku ini, terus saya jatuh hati. Apabila saya baca sinopsis dan nama watak, saya tidak teragak-agak untuk beli. Memang menarik dan saya beri 10 bintang untuk buku ini.
Wednesday, December 22, 2010
Pertemuan dengan Ain Maisarah
Bismillahirrahamnnirahim
Alhamdulillah! Dapat juga saya jumpa penulis kegemaran saya iaitu, Ain Maisarah buat kali kedua. Seronok sampai tak terkata!
Alhamdulillah! Dapat juga saya jumpa penulis kegemaran saya iaitu, Ain Maisarah buat kali kedua. Seronok sampai tak terkata!
Saya sanggup bawa semua novel beliau yang saya ada dan belum ditandatangani oleh beliau. Berat memang berat tetapi demi hendak berjumpa dengan Ain Maisarah, saya sanggup! Bukan senang untuk saya berjumpa dengan novelis terkenal ini. Inilah peluang saya untuk memijakkan kaki ke PWTC kembali. Sudah beberapa tahun saya tidak memiijakkan kaki di PWTC. Saya perlu naik LRT Terminal Putra, turun di Masjid Jamek. Kemudian, tukar tren Ampang Line pula dan barulah turun di PWTC. Dalam kehujanan, saya redah juga dengan kawan saya, Pareehan.
Ya Allah! Saya bersyukur sangat sebab Pareehan sanggup temankan saya. Terima kasih Han.
Lampiran:-
Subscribe to:
Posts (Atom)








