Tuesday, September 30, 2014

1,2,3 Say Cheese! - Part 1

Bismillahirrahmannirrahim

Jeng~ Jeng~ Jeng~

Buat warga pembaca blog yang saya hormati...


Inilah cover novel saya yang bertajuk 1,2,3 Say Cheese! merangkap 'anak sulung' saya. Kelahiran novel ini dalam hidup saya sangatlah berharga kerana terlalu banyak jalan-jalan liku yang telah saya hadapi untuk memastikan semuanya berjalan lancar sehingga adanya cover hadapan ini.

Bagaimana karya sulung saya ini diterima? Pastinya anda tertanya-tanya. Baru kini saya rajin untuk menceritakan kronologi-kronologinya.

  • Pada mulanya, saya menulis tentang novel lain yang saya merasakan sangatlah merepek dan sekadar mencuba nasib di sebuah syarikat buku yang bernama Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Ketika itu, saya menghantar proposal untuk novel lain sebenarnya.

  • Saya ada bercerita mengenai saya menerima Anugerah Nilam daripada pihak sekolah untuk tahun 2011 dan blog saya telah dilawati oleh seseorang iaitu editor Galeri Ilmu, Tuan Amir. Kata beliau dalam komen "Tahniah. Saya Amir, editor GISB. Adik ada hantar proposal pada kami, sedang dinilai insya-Allah. Sebetulnya saya lebih gemar sekiranya penulis baharu seperti adik dapat datang terus ke ofis kami di Kota Damansara untuk kita berkongsi fikrah. Boleh?". Bagaimana Tuan Amir tahu? Mudah sahaja. Semasa saya menghantar proposal, saya sertakan alamat blog saya.

  • Takdir Allah, saya dan Tuan Amir bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan bersembang pelbagai perkara tentang dunia penulisan. Dia pernah berkata pada saya supaya saya fikir cerita yang masih belum dibuat. Memang saya gigih mencari ilham sehinggalah saya terpandangkan senior sekolah saya. Alhamdulillah, ilham yang Allah hadir untuk saya dengan melihat senior saya yang selalu bersama dengan kamera 'DSLR'nya. Jadi, terdetik untuk saya menulis novel mengenai kamera.
  • Berbekalkan semangat dan azam yang tinggi, ilham mencurah-curah untuk saya menulis sinopsis keseluruhan cerita dan dua bab untuk dihantar ke Syarikat Galeri Ilmu dan saya hanya berserah pada Allah. Terima atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka.
  • Sehari sebelum SPM yakni 4/11/2012, saya tergerak hati untuk membaca e-mel yang telah saya tanda sebagai semua sudah dibaca memandangkan banyak e-mel yang merapu saya simpan. Saya periksa satu persatu sehinggalah saya ternampak satu e-mel yang bertajuk 185 Surat tawaran - BUDAK KAMERADemi Allah, saya memang terkejut dan tidak percaya. Ini kandungan surat tersebut.


  • Memandangkan saya tidak percaya, saya bertanya pada Tuan Amir dan Tuan Amir mengiyakan. Memang saya rasa... Whoa! bercampur Alhamdulillah! Impian yang saya nanti selama 6 tahun ketika itu sudah tercapai tetapi demi peperiksaan SPM, saya tolak tepi dahulu tentang novel saya ini memandangkan saya menerima surat tawaran ini dalam keadaan novel saya masih belum siap.

Saya berhenti setakat itu dahulu. Nantikan kisah 1,2,3  Say Cheese - Part 2 pula nanti :)


Friday, March 21, 2014

Saya dan Syaria'h


Bismillahirrahmannirrahim

Sudah lama blog saya berhabuk. Huu~~ Kini, saya rajin kembali untuk update blog.

Kerana apa?

Syaria'h...



Terdiri daripada Amir, Saya, Syafiqah, Afiq...

Kami merupakan pelajar yang menyertai Debat Arab Youth Voice-Their Proof yang dianjurkan oleh Quranic Language Department dengan gabungan Arabic Debate Club, Centre for Foundation Studies IIUM (CFS IIUM).

Alhamdulillah, pusingan demi pusingan kami menang bermula dari pusingan pertama yang mempunyai tiga pusingan, pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir, dan pusingan akhir. Sebenarnya, saya bangga apabila Kumpulan Syaria'h berjaya sehingga ke pusingan akhir meskipun kami meraih tempat kedua. Bagi saya, saya puas hati kerana pusingan akhir merupakan impian saya sejak sekolah menengah lagi.

Bersama Syaria'h, saya menjadi kuat kerana mereka merupakan kekuatan saya jika saya jatuh mahupun tertekan. Saya bersyukur apabila bersatu dengan mereka. Suka duka, sama-sama kami hadapi. Syukur.



Istimewanya kami kerana kami semua dari wilayah yang berbeza. Syafiqah dari Wilayah Pantai Timur, Amir pula dari Wilayah Utara, saya pula dari Wilayah Tengah, Afiq pula dari Wilayah Selatan. Sempurna ^_^

Bersama kekurangan dan kelebihan, kami bersatu. 

Syaria'h.

Kita istimewa :')


Bersama Ustaz Syed Hassan Haggag, penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya.

LAWS + BAR = SYARIA'H!

Friday, January 24, 2014

Persoalan Mengenai Debat



Soalan lazim yang sering ditanya kepada saya mengenai debat arab ....

S: Sejak bila sertai debat arab ini?
J: Sejak tingkatan empat sehinggalah kini, di pusat asasi UIA PJ.

S: Siapa yang mengajak kau debat mula-mula dulu?
J: Ustaz debat sewaktu zaman sekolah, Ustaz Ikhwan... Beliaulah yang membawa aku ke dunia debat ini... 

S: Tak takutkah debat? Arab pulak tu...
J: Emm... Siapa kata aku tak takut? Semestinya aku takut tetapi sebab aku mahu mencuba, aku masuklah... Alhamdulillah, aku boleh berbahasa arab sejak bersekolah di Kelantan dahulu... Jadi, tiada masalah...

S: Tak takutkah bercakap depan orang ramai? Kalau aku, memang aku tak naklah...
J: Aku memang suka bercakap depan orang ramai... Walaupun memang wujud perasaan takut dan gementar... Gagap pun satu hal tetapi aku terus cuba dan cuba...

S: Biasanya kalau kau debat, kau jadi orang yang keberapa?
J: Aku pernah merasai semua... Pendebat pertama, kedua, mahupun ketiga tetapi aku lebih aktif menjadi bermain posisi yang ketiga...

Emm... Itulah antaranya yang orang tanya... Kalau nak tanya apa-apa, silakan... Tiada masalah :)