Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Tuesday, March 12, 2013

Hadiah dari Luton

Bismillahirrahmannirrahim

Peristiwa yang saya tidak sangka iaitu ayah kawan sekolah rendah saya dulu, datang rumah saya semata-mata untuk memberikan sesuatu yang pernah saya pesan pada anaknya itu tetapi saya tidak sangka, dia tidak beritahu bahawa ayahnya berada di Malaysia.

Namun begitu, saya memang teruja dengan hadiah tersebut. Dari luar negara. Luton... Luton itu di mana pula? Saya pun tak pasti. Hahaha.

Saya rasa sangat awesome sebenarnya. Biarpun sudah 9 tahun kami tidak bersua tetapi di FB merupakan medium untuk kami saling berhubung.

"Husna Rayyan binti Mohd Tahir, serius aku rindukan kau!"

Apa hadiah yang saya terima daripada Husna? Mari kita lihat.


S.T.A.M.P.S

Saya memang suka kumpul setem dan pernah pesan kepada dia supaya carikan setem untuk saya dan saya akan bayar. Pada hari ini, saya menerima setem dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

"Husna, aku harap friendship kita kekal hingga ke akhirnya. Aku sayang kau."

No comments: