Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Tuesday, April 9, 2013

Minggu Penulis Remaja (MPR) 2013

Bismillahirrahmannirrahim

Pada 23 sehingga 28 Mac 2013, saya berpeluang untuk menyertai Minggu Penulis Remaja baru-baru ini di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

Seramai 24 peserta dari pelbagai negeri termasuk Sabah yang dipilih oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.


Saya tidaklah hendak cerita selama enam hari berturut-turut sepanjang saya berada di situ Cumanya, saya cerita perkara yang penting sahaja.

Antara peristiwa yang saya ingat, saya melihat pada tentatif program yang waktu kosongnya boleh dikatakan sangat banyak. Rupa-rupanya, saya dan peserta yang lain perlu menyiapkan 1 cerpen 5 puisi. Aduh! Memang dahsyat. Cerpen perlu disiapkan daripada hari kami datang (Sabtu) sehingga Isnin. Kalau puisi pula, kami fokus kepada sajak. Cerpen dan puisi setiap peserta akan dibedah pada Bengkel Pemurnian. Itu antara kelainan bengkel penulisan ini berbanding bengkel penulisan yang lain.

Selain itu, kami akan dilatih oleh tiga orang penulis yang hebat iaitu Salina Ibrahim, Dr.Shamsuddin Othman, dan Abang Lutfi Ishak. Kak Salina untuk bahagian cerpen manakala Dr Shamsuddin dan Abang Lufti Ishak untuk bahagian puisi.

 Dari kiri:-Dr.Shamsuddin, Abang Lutfi, Kak Salina

 Rakan-rakan sebilik.

Saya juga berpeluang mengenali seorang peserta yang agak terkenal dalam dunia penulisan iaitu Nik Azri atau lebih dikenali sebagai Tuah Sujana. Ilmu pengetahuannya mengenai dunia sastera sangat meluas. Tabik kepadanya!

Tuah Sujana selaku ketua memberi ucapan pada Majlis Penangguhan MPR

Saya juga dapat berjumpa dengan peserta paling muda iaitu Asnor Mohd Iqbal yang berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang).


Banyak sahaja lagi cerita yang ingin saya coretkan tetapi saya malas nak tulis panjang-panjang sebenarnya.

Konklusinya, Minggu Penulis Remaja merupakan bengkel penulisan paling terbaik di Malaysia. Semoga saya boleh menghasilkan karya untuk ummah. Doakan saya dan peserta MPR berjuang untuk menulis karya tanpa henti untuk ummah.

Buat peserta MPR:-
"Menulislah kerana Allah"

No comments: