Sunday, July 3, 2011

Kenangan Pertandingan Debat Musleh

Bismillahirrahmanirrahim.



Selesai sudah perjuangan debat saya dalam pertandingan Musleh International School Debating Championship. Seribu kesyukuran meskipun sekolah saya kalah tetapi saya bangga kerana mengikut senarai untuk debat Bahasa Arab, sekolah saya mendapat nombor 9 daripada 20. Alhamdulillah. Bertambah bangga juga apabila ini merupakan kali pertama saya menyertai debat dan tiada pengalaman dalam arena perdebatan. Di sekolah lama dahulu, debat agama sahaja. Bukan seperti debat yang saya sertai ini dan sangat lain. 

Apa yang saya dapat dalam dunia perdebatan ini, saya dapat banyak pengalaman daripada sekolah-sekolah lain yang lebih berpengalaman dalam arena perdebatan ini. Bagi saya, nombor 9 itu sudah memberi makna yang sangat besar kepada kami sebagai pelajar Sekolah Menengah Setiabudi kerana ini merupakan kali pertama sekolah kami menghantar wakil untuk debat Bahasa Arab dan kami pun baru sahaja memulakan arena perdebatan.

Perbezaan markah sekolah saya dan KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) yang mendapat tempat yang ke-8, hanya berbeza sebanyak 0.2% sahaja. Alhamdulillah. Kiranya, sekolah kami yang baru pertama kali menyertai debat ini masuk mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan Sekiranya sekolah saya mendapat tempat ke-8, bolehlah kami ke peringkat suku akhir tetapi tiada rezeki.

Tidak mengapa kerana ada satu lagi pertandingan debat iaitu IIUM Interschool Debating Championship yang akan menyusul dalam masa 2 minggu daripada sekarang.

Kesimpulannya, arena perdebatan Pertandingan Debat Musleh ini merupakan tempat bermulanya saya belajar untuk menjadi seorang pendebat yang lebih baik. Seribu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ikhwan kerana banyak mencurahkan ilmu dalam dunia perdebatan dan bersabar melayan kerenah kami sepanjang latihan debat.

Friday, July 1, 2011

Debate....


Bismillahhirrahmannirrahim


Debat telah bermula. Memang agak mencabar dan pertama kali pula berdebat tetapi tidak apa. Ini kronologi debat.


Pusingan pertama, sekolah kami (Sekolah Menengah Setiabudi) berlawan dengan Maahad Tahfiz Al-Azhar. Memang sangat mengarut dari segi penyampaian dan persembahan. Kami kalah pada pusingan itu. Kami cuba untuk buat lebih baik pada pusingan kedua.

Pusingan kedua pula, kami berlawan dengan Sekolah Sri Ayesha. Sebenarnya, saya takut juga sebab ada orang Arab untuk pihak lawan. Untuk pihak lawan, mereka tidak ada isi sangat tetapi dari segi penyampaian mereka, saya suka dan bahasa berbunga-bunga. Untuk pusingan ini, alhamdulillah kami m
enang.

Pusingan ketiga pula, sekolah saya berlawan dengan Sekolah Menengah Islam Hira'. Saya agak tersentak apabila terjumpa bekas senior dari Maahad Al-Manar iaitu sekolah lama saya. Hakikatnya, memang pelajar lelaki Maahad Al-Manar ini lagi hebat Bahasa Arab mereka berbanding pelajar perempuan Al-Manar. Dari segi hujah, kami ada 4 isi sahaja. Tidak berapa kuat hujah kami untuk menang. Pihak lawan pula ada 7 isi tetapi lebih kurang saja hujah mereka. Ketika itu pun, saya sudah mengantuk sangat sebab berlawan sehingga tengah malam. Kami kalah pada pusingan ini...


Kesimpulannya...

Menang - 1
Kalah - 2


Untuk hati esok, ada satu sahaja lagi pusingan sebelum menuju ke pusingan suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Saya tidak kisah pun kalau kalah sebab ini pun baru sahaja pertama kali berdebat. Sekurang-kurangnya, sekolah kami cuba juga untuk menang pusingan keempat supaya menjadi seimbang.

Insya-Allah.

Wednesday, June 29, 2011

Perjuangan....

Bismillahirrahmanirrahim.



Pada hari esok, bermulanya perjuangan saya sebagai seorang ahli debat, bertarikh 30 Jun 2011 sehingga 3 Julai 2011 yakni pada hari Khamis sehingga Ahad iaitu Pertandingan Musleh International School Debating Championship di Hotel Putra. Buat pertama kali, saya menyertai debat secara serius. Semasa saya berada di sekolah lama, memang saya debat secara main-main kerana debat sesama kawan sahaja dan bukannya berlawan dengan sekolah luar. Kini, saya merasa debar. Sekolah lain juga turut merasai. Debat Bahasa Arab sebanyak 17 kumpulan tetapi satu sekolah hanya perlu berlawan sebanyak hanya 4 kumpulan sahaja. 

Rasa sangat berdebar. Saya berharap apabila undi nanti, sekolah saya dapat tajuk yang telah kami bincang secara sempurna.