Saturday, December 31, 2011

Hari Jadi

Bismillahirrahmannirrahim

Saya dan keluarga telah menyambut dan meraikan hari jadi adik kembar yang lahir pada 31 Disember dan sepupu saya yang lahir pada 29 Disember di Cosy Corner, Wangsa Maju.


 Selesai makan, ada kejutan untuk mereka. Diiringi muzik dan kek hari jadi yang dibawa oleh pelayan. Pertama kali saya melihat suasana itu. Beruntung mereka. Pelanggan-pelanggan dalam kedai itu pun turut menyanyikan lagu Happy Birthday untuk mereka bertiga. Adik-adik saya malu sebenarnya xD


Semoga Allah memberkati hidup mereka :)

Saturday, December 24, 2011

Aqsa Syarif Teens + Graduation Day

Bismillahirrahmannirrahim.

Saya telah terlibat tiga aktiviti dalam satu hari. Sepatutnya, aktiviti pertama saya untuk pergi ke tuisyen tetapi memandangkan program anjuran Aqsa Syarif masih tidak membuat apa-apa persediaan lagi dan bermula pada pukul 2.30 petang, saya tidak jadi pergi ke tuisyen.

Memandangkan AJK Aqsa Syarif Teens yang lain masih tidak datang lagi, jadi saya usahakan sendiri untuk kemas tempat yang disediakan. Letih memang letih tetapi alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun terlewat dari waktu yang sepatutnya.

Peserta perempuan

 Peserta lelaki

 Abang Faiz yang menjadi pengacara majlis untuk Program Aqsa Syarif Teens ini.

Apabila anak-anak buah saya sedang buat pembentangan, abang saya datang dan dia bawa pergi Graduation Day kakak saya pula. Sedih juga apabila saya tidak dapat menyertai untuk majlis penutup. Memang saya terkejar-kejar sebenarnya. Letih ada, pening pun ada.

Usai Maghrib, saya menuju untuk Hari Graduasi kakak saya di Hotel De' Palma.

 Kebosanan melanda.


Bersama kakak saya (Graduan 2011)

Sunday, December 18, 2011

Preview Novel:-VT & Sinergi

Bismillahirrahmannirrahim

Saya rasa seronok membaca novel-novel Hilal Asyraf. Novel-novel beliau banyak mendidik diri ini, meskipun saya baru sahaja membaca tiga buah karyanya iaitu Hero, VT, dan Sinergi.

Percaya atau tidak, saya sanggup korbankan tidur saya semata-mata untuk menghabiskan novel VT yang memang unik jalan ceritanya. Sekarang ini, saya sedang berusaha menghabiskan bacaan novel Sinergi pula. Tidak sabar saya untuk mengetahui pengakhiran novel Sinergi ini. Moga-moga saya terinspirasi untuk menulis novel seperti Hilal Asyraf.

Insya-Allah.

Memang sesuai dengan tema yang dibawa oleh Hilal Asyraf "Mari Menjadi Hamba".