Thursday, April 19, 2012

Genap Setahun di Sekolah Menengah Setiabudi

Bismillahirrahmannirrahim



Alhamdulillah, secara rasminya hari ini genap setahun saya bersekolah di Sekolah Menengah Setiabudi. Segala suka duka tersimpan di sini.

Saya juga merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Setiabudi yang telah berpindah sekolah di Kelantan dan saya datang kembali untuk bersekolah di sini.

Pada mulanya, agak sukar untuk saya berada di sini untuk menyesuaikan diri dan mengalami kejutan budaya tetapi sekarang, alhamdulillah saya berjaya mengatasi dan gembira berada di sini.

Walaupun sekolah saya ini bukanlah sekolah agama tetapi alhamdulillah, ada juga persamaannya.

Semoga Allah memberkati seluruh warga Sekolah Menengah Setiabudi. Semoga Allah redha :)

Monday, February 20, 2012

Anugerah Nilam 2011

Bismillahirrahmannirahim


Alhamdulillah, saya telah memenangi Anugerah Nilam 2011. Saya telah mendapat Kamus Besta dan Thumbdrive 16G.

Semasa saya sekolah rendah dahulu, saya pernah memasang angan-angan untuk memiliki Kamus Besta ini. Ketika saya sekolah menengah inilah, baru saya dapat.

Tahun ini, saya mahu baca buku dengan lebih banyak dan saya masih mahu mengekalkan sebagai pemenang untuk Anugerah Nilam 2012. Insya-Allah.

Saturday, December 31, 2011

Hari Jadi

Bismillahirrahmannirrahim

Saya dan keluarga telah menyambut dan meraikan hari jadi adik kembar yang lahir pada 31 Disember dan sepupu saya yang lahir pada 29 Disember di Cosy Corner, Wangsa Maju.


 Selesai makan, ada kejutan untuk mereka. Diiringi muzik dan kek hari jadi yang dibawa oleh pelayan. Pertama kali saya melihat suasana itu. Beruntung mereka. Pelanggan-pelanggan dalam kedai itu pun turut menyanyikan lagu Happy Birthday untuk mereka bertiga. Adik-adik saya malu sebenarnya xD


Semoga Allah memberkati hidup mereka :)