Monday, August 6, 2012

Memories Interschool Debating Championship 2012(IDC2012)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih berjumpa lagi dalam entri yang seterusnya. Tiba-tiba malam ini rajin pula untuk menulis entri baharu berkenaan Interschool Debating Championship 2012 yang berlangsung di UIAM pada 15/6/2012-20/6/2012 baru-baru ini.

 Sejujurnya, saya tidak berapa mahu sangat menyertai debat tahun ini. Bukanlah kerana SPM sangat tetapi saya takut bermain untuk pendebat ketiga. Dalam otak saya, saya sudah fikir yang bukan-bukan.

"Mesti aku debat nanti merepek nanti"

Itulah yang saya fikirkan.

Bercerita mengenai teman sebilik. Tahun ini saya dan junior saya, Anis berkongsi bilik dengan sekolah lain yang juga pendebat arab iaitu Sekolah Agama Menengah Rawang. Pada mulanya, suasana agak dingin dan saya tidak berapa selesa. Lama-kelamaan, kami berempat menjadi sangat kamceng. 

Bercerita mengenai sepanjang perlawanan, saya tidak lalu makan yang sangat dahsyat kerana terlalu takut dan gementar.


Pada mulanya, saya mewakili Sekolah Menengah Setiabudi berlawan dengan Maktab Mahmud Kedah. Tidak pasti Yan atau Alor Setar dengan usul  وسائل الإعلام المعاصرة سبب انحلال أخلاق الشباب (Media Massa Merupakan Punca Kerosakan Akhlak Remaja). Pemenangnya jatuh kepada Maktab Mahmud dan pendebat terbaik, Amin Al-Hadi iaitu wakil sekolah saya.




Pusingan kedua, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dengan usul التنمية الزراعية أفضل من التنمية الصناعية (Pembangunan Pertanian Lebih Baik daripada Pembangunan Perkilangan). Alhamdulillah, kami telah menang dan pendebat terbaik iaitu Amin Al-Hadi sekali lagi.


Pusingan ketiga, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Islam Adni dengan usul اعتماد عقوبة الإعدام لمغتصبي الأطفال ضرورة (Hukuman Mati Kepada Kanak-Kanak Darurat). Alhamdulillah, rezeki masih berpihak lagi kepada kami dan pendebat terbaik iaitu Syaimaa' daripada Sekolah Islam Adni.


Pusingan keempat, sekolah saya bertemu dengan SWING Team iaitu sebuah kumpulan yang menggantikan secara tiba-tiba untuk sekolah yang tarik diri dengan usul اهتمام المدارس الثانوية بمعرض الكتاب الكتاب الدولي السنوي ضرورة  (Kepentingan Pesta Buku Antarabangsa Kepada Pelajar Sekolah Menengah Darurat). Di sinilah, saya berlawan dengan kakak saya sendiri, wakil MRSM Kepala Batas, Batrisya Hannan dan Ehsan (Bekas pelajar Maahad Al-Manar). Alhamdulillah, kami menang lagi dan pendebat terbaik masih lagi Amin Al-Hadi.



Pusingan kelima, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak merangkap jiran sekolah saya. Saya sudah lama ingin bertanding dengan sekolah ini. Kami berlawan dengan usul زيادة عدد الدارس النموذجية للمتفوقين أفضل (Pertambahan Bilangan Sekolah Contoh untuk Pelajar-Pelajar Cemerlang Lebih Baik). Alhamdulillah, sekolah saya masih mengekalkan kemenangan dan pendebat terbaik, Amin Al-Hadi lagi.




Pusingan keenam dan terakhir sebelum ke quater final, sekolah saya bertemu dengan MRSM Kepala Batas dengan usul إلغاء المراكز الإعدادية قبل الدراسة الجامعة أفضل (Pemansuhan Pusat Matrikulasi Sebelum Belajar di Universiti Lebih Baik).


Ketika pusingan keenam inilah, dipanggil 'silent round' dan akan diumumkan pada keesokan harinya. Alhamdulillah, kami menang lagi dan telah memecah rekod dengan kalah satu pusingan sahaja berbanding tahun lepas dengan rekod kalah dengan dua pusingan.


Saya sebagai pendebat yang telah berpengalaman selama dua tahun untuk IDC ini yakin akan meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir. Alhamdulillah, rezeki kami ke pusingan suku akhir dan berlawan dengan MRSM Kepala Batas lagi. Terselit sifat kagum dalam diri saya apabila MRSM Kepala Batas ini baru masuk tahun ini dan boleh pergi sejauh ini seperti kami juga pada tahun lepas.


Semasa pengacara majlis mengumumkan keputusan sekolah yang akan bertemu di pusingan separuh akhir, jantung saya hampir tercabut keluar dan mujur belum lagi. Apabila persaingan semakin sengit, semakin ramai yang akan menonton. Sekolah saya dan MRSM Kepala Batas masing-masing sibuk menyiapkan hujah kerana masing-masing tidak tahu sekolah mana yang akan pergi ke pusingan separuh akhir. Kami telah bersepakat sesama kami apabila antara sekolah kami yang kalah, sekolah yang kalah akan bantu untuk berikan hujah kepada sekolah yang menang untuk memudahkan urusan.



Setelah diumumkan, sejarah sekolah saya berulang kembali untuk menyambung perjuangan di pusingan separuh akhir dengan pihak lawan yang sangat saya gerun dan kagum iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor. Ketika itu, saya sudah rasa seperti lepat pisang dan saya tahu sekolah saya akan kalah. Kalau menang pun, saya tidak mahu pergi ke pusingan akhir. Saya sudah banyangkan dewan CAC yang sangat besar. Semua pendebat BM, BI, dan BA akan tonton. Ish! Tak sanggup.


Telahan ana tepat apabila rezeki kami sekali lagi sehingga pusingan separuh akhir sahaja.

Alhamdulillah.

Tuesday, May 22, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2

Bismillahirrahmannirrahim...

Suah lama tak update blog ni... Sibuk dengan exam pertengahan tahun... Tetapi tak apa... Hari ni secara rasminya peperiksaan pertengahan tahun sekolah ana berakhir hari ini untuk student upper form... Alhamdulillah...

Sebenarnya, dari hari tu nak update PBAKL... Ana pergi kali kedua pada 6 Mei 2012 iaitu hari terakhir jualan buku-buku di-situ... Seperti biasa, ana keluar dengan guru ana lagi, Miss J... Ana ada membeli lagi 3 buah novel... Hari terakhir, memang diskaunnya turun mendadak...


 Seterusnya, ana pergi Kedai Pink Ain Maisarah buat kali kedua sebab nak tukar troli yang terkoyak... So, Alhamdulillah, boleh ditukar... Kemudian, ana panggil K.Ain... Yang menariknya, beliau panggil ana untuk ambil gembar... Woohoo~~ Seronoknya~~ Thanks Kak Ain sebab sentiasa ingat Dila walaupun jumpa hanya setahun sekali...


 Seterusnya, ana pergi ke luar legar PWTC untuk melihat pertandingan Spelling Bee untuk Tadika... Tak disangka, ana dapat berjumpa kumpulan Du'a yang popular dengan lagu Sahaja Aku Mencintai-Mu... Sehari sebelum ana nak pergi PWTC, ana ada bertweet dengan salah seorang kumpulan nasyid tersebut, iaitu Ajwad...



Bila diorang dah habis buat show, ana pergi jumpa kumpulan tersebut dengan perasaan yang sangat teruja... Ana sempat bergambar dengan diorang... Cuma yang terkilannya tak dapat ambil tandatangan diorang tapi tak apa... Gambar pun dah cukup ok...


 Sebenarnya, ana pergi hari tu pun sebab nak jumpa Devotees yang telah melancarkan album terbarunya yang bertajuk 336... Album tu hanya dijual RM10 pada hari tu.. Woohoo~~




Banyak gambar lagi sebenarnya tapi tak tahulah kenapa Blogger ni gedik tak nak terima gambar Devotees dan Devotees Junior buat show...

Tapi yang paling penting...


Tandatangan, kalendar, dan CD Devotees~~ Yeah~~

Thursday, May 3, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Bismillahirrahmannirrahim

Dua hari yang lepas, saya telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa sempena Hari Pekerja. Saya telah pergi bersama guru sekolah saya yang saya panggil Miss J sahaja.

Sesampai sahaja di PWTC, sangatlah sesak seperti Ikan Sardin. Walaubagaimanapun, saya dan Miss J berjaya mengharunginya juga kerana hari itu sahajalah hari yang lapang.

Kedai pertama yang ana pergi, sudah semestinya Kedai Pink Ain Maisarah. Sedar tidak sedar, sudah empat tahun saya mengenali beliau. Sudah 30 buah novel beliau berada di pasaran. Tahniah Kak Ain!

 (Gambar diambil daripada FB K.Ain)

 Ssaya telah membeli di kedainya iaitu Set RM150, Novel Jutawan Gedik, Aku Mahu Lawan Hantu, dan Aku Mahu Saiz XL. Bukan sahaja novel, malahan ada juga beg troli, Novel Comel, Button Badge, penanda buku, dan buku nota. Semuanya edisi terhad (Ah, gitu!)


Dalam kotak ini, ada enam novel terbaru Ain Maisarah.

(Suasana gambar ini seperti masuk dalam rumah hantu XD)

Apabila novel-novel dikeluarkan daripada kotak...


Tadaa~~ Enam novel terbaru Ain Maisarah.


Selepas membeli di Kedai Pink Ain Maisarah, saya seronok mengusung troli eksklusif yang ditempah oleh Kak Ain di luar negara. Ideanya sangat memang hebat.

Perjalanan saya diteruskan untuk mencari Booth Galeri Ilmu. Sangat susah mencari dalam keadaan orang sedang ramai. Kami berpusing dahulu sehinggalah kami terjumpa senarai-senarai Booth yang terletak di tiang legar utama PWTC. Galeri Ilmu berada di Dewan Tun Hussein Onn. Peta lokasi yang diberikan oleh kru-kru Ain Maisarah bagi memudahkan untuk pengunjung mencari kedainya kerana peta yang disediakan ada dinyatakan Dewan Tun Hussein Onn bagi memudahkan kami untuk mencari Galeri Ilmu dan booth itu berada bersebelahan dengan pentas utama.

Apabila kami hendak menuju ke dalam Dewan Tun Hussein Onn, kesesakannya... Hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangkan, dalam satu Dewan Tun Hussein Onn mempunyai 6 booth (kalau tidak silap), tiga booth yang diserbu hebat iaitu PTS, Galeri Ilmu, dan Gempak Starz. Memang sesak. Untuk lalu pun sangatlah sukar tetapi niat saya untuk menacri novel terbaru hasil karya Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi membuatkan saya terus kuat untuk berada di situ.

Alhamdulillah. Saya dapat juga memijakkan kaki di booth Galeri Ilmu dan membeli tiga buah novel.


Seterusnya, saya cuba juga untuk pergi ke booth PTS untuk mencari novel Fatimah Syarha iaitu Sebarkan CintaMu. Alhamdulillah, saya dapat juga memilikinya. Semasa saya buat pembayaran, saya tunjukkan kad pelajar. Sebenarnya kad pelajar itu ketika ana belajar sekolah lama. Untuk menunggu kad pelajar sekolah ana yang kini, bulan enam baru dapat. Harga asal buku ini ialah RM31. Apabila saya menunjukkan kad pelajar, harga buku itu menjadi RM 23.80. Itulah kelebihan adanya kad pelajar.


Seterusnya, perjalanan terakhir saya iaitu menuju ke ke Hall 3 yang berada di tingkat atas untuk mencari buku 'Past Year Questions' untuk SPM... Ya Allah! Sangatlah sesak! Mengalahkan di Dewan Tun Hussein Onn. Saya yang mahu membayarnya pun, terpaksa beratur panjang.


Sesungguhnya amatlah letih perjalanan saya pada hari itu. Terima kasih kepada Miss J kerana sudi menemani saya :)