Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Thursday, May 3, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Bismillahirrahmannirrahim

Dua hari yang lepas, saya telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa sempena Hari Pekerja. Saya telah pergi bersama guru sekolah saya yang saya panggil Miss J sahaja.

Sesampai sahaja di PWTC, sangatlah sesak seperti Ikan Sardin. Walaubagaimanapun, saya dan Miss J berjaya mengharunginya juga kerana hari itu sahajalah hari yang lapang.

Kedai pertama yang ana pergi, sudah semestinya Kedai Pink Ain Maisarah. Sedar tidak sedar, sudah empat tahun saya mengenali beliau. Sudah 30 buah novel beliau berada di pasaran. Tahniah Kak Ain!

 (Gambar diambil daripada FB K.Ain)

 Ssaya telah membeli di kedainya iaitu Set RM150, Novel Jutawan Gedik, Aku Mahu Lawan Hantu, dan Aku Mahu Saiz XL. Bukan sahaja novel, malahan ada juga beg troli, Novel Comel, Button Badge, penanda buku, dan buku nota. Semuanya edisi terhad (Ah, gitu!)


Dalam kotak ini, ada enam novel terbaru Ain Maisarah.

(Suasana gambar ini seperti masuk dalam rumah hantu XD)

Apabila novel-novel dikeluarkan daripada kotak...


Tadaa~~ Enam novel terbaru Ain Maisarah.


Selepas membeli di Kedai Pink Ain Maisarah, saya seronok mengusung troli eksklusif yang ditempah oleh Kak Ain di luar negara. Ideanya sangat memang hebat.

Perjalanan saya diteruskan untuk mencari Booth Galeri Ilmu. Sangat susah mencari dalam keadaan orang sedang ramai. Kami berpusing dahulu sehinggalah kami terjumpa senarai-senarai Booth yang terletak di tiang legar utama PWTC. Galeri Ilmu berada di Dewan Tun Hussein Onn. Peta lokasi yang diberikan oleh kru-kru Ain Maisarah bagi memudahkan untuk pengunjung mencari kedainya kerana peta yang disediakan ada dinyatakan Dewan Tun Hussein Onn bagi memudahkan kami untuk mencari Galeri Ilmu dan booth itu berada bersebelahan dengan pentas utama.

Apabila kami hendak menuju ke dalam Dewan Tun Hussein Onn, kesesakannya... Hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangkan, dalam satu Dewan Tun Hussein Onn mempunyai 6 booth (kalau tidak silap), tiga booth yang diserbu hebat iaitu PTS, Galeri Ilmu, dan Gempak Starz. Memang sesak. Untuk lalu pun sangatlah sukar tetapi niat saya untuk menacri novel terbaru hasil karya Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi membuatkan saya terus kuat untuk berada di situ.

Alhamdulillah. Saya dapat juga memijakkan kaki di booth Galeri Ilmu dan membeli tiga buah novel.


Seterusnya, saya cuba juga untuk pergi ke booth PTS untuk mencari novel Fatimah Syarha iaitu Sebarkan CintaMu. Alhamdulillah, saya dapat juga memilikinya. Semasa saya buat pembayaran, saya tunjukkan kad pelajar. Sebenarnya kad pelajar itu ketika ana belajar sekolah lama. Untuk menunggu kad pelajar sekolah ana yang kini, bulan enam baru dapat. Harga asal buku ini ialah RM31. Apabila saya menunjukkan kad pelajar, harga buku itu menjadi RM 23.80. Itulah kelebihan adanya kad pelajar.


Seterusnya, perjalanan terakhir saya iaitu menuju ke ke Hall 3 yang berada di tingkat atas untuk mencari buku 'Past Year Questions' untuk SPM... Ya Allah! Sangatlah sesak! Mengalahkan di Dewan Tun Hussein Onn. Saya yang mahu membayarnya pun, terpaksa beratur panjang.


Sesungguhnya amatlah letih perjalanan saya pada hari itu. Terima kasih kepada Miss J kerana sudi menemani saya :)

1 comment:

ireminisces said...

Asalamu alaikum

JazakAllah for sharing, if you have 30sec come and have a look at Golden Words..