Sunday, July 19, 2020

Makluman

Bismillahirrahmannirrahim

Maaf kerana lama menyepi sejak tahun 2015 dan saya amat berterima kasih bagi sesiapa yang masih menjenguk blog saya yang telah lama berhabuk. Alhamdulillah, saya kembali semula ke dunia blog untuk memberitahu makluman bahawa URL bagi http://dilabanat95.blogspot.com telah ditukar kepada:


Hal ini demikian kerana saya mahu selaraskan semua username media sosial saya dengan menggunakan nama 'bintuqist'.

Sebenarnya, banyak perkara yang saya mahu khabarkan di blog ini tetapi apakan daya, malas sebenarnya tetapi insya-Allah saya cuba coretkan perkara-perkara yang telah lepas buat para pembaca blog yang tidak mengetahui keadaan terkini saya. Biasanya, saya aktif di Story Instagram dengan username @bintuqist.

Namun begitu, saya cuba juga luangkan masa di blog ini jika berkesempatan. Sekali lagi, saya ucapkan ribuan terima kasih buat sesiapa yang masih sudi menjengah teratak blog saya ini.

Sunday, May 24, 2015

Geng Takliban

Bismillahirrahmannirahim

Rindu nak update blog ni sebenarnya tetapi tak ada modal nak cerita. Cuba juga cari modal untuk bercerita. Ih ih ih.

Memandangkan saya sedang menunggu keputusan final exam sebelum nak ke degree, harapnya saya berjaya dari Asasi UIA Petaling Jaya ke UIA Gombak tanpa sebarang halangan. Insya-Allah.

Baiklah.

Tajuk entri : Geng Takliban

Apa kebenda takliban (تَكلِبًا) ni sebenarnya? Maksudnya, menganjing. Ok, sebenarnya ni kata terbitan Bahasa Arab yang dibuat sendiri, berasal daripada perkataan كَلَبَ (kalaba) yang bermaksud anjing. Muahaha!

Kenapa menganjing ya? Sebab kerja kami ni, memang suka kenakan orang. Lebih kurang, perkataan 'kenakan orang' yang telah dimodenkan, 'menganjing'.

Siapa pula ahli takliban ni? Ahlinya terdiri daripada komiti Arabic Debate Club (ADC) dan juga komiti Debat Arab Dean's Cup yang telah diserap masuk dalam ADC, Centre for Foundation Studies IIUM.

Jujur saya katakan, kelab inilah kelab paling seronok dan gempak walaupun ahli kami agak sedikit bilangannya sepanjang saya menjadi pelajar tahun dua. Saya juga bersyukur mereka ada di sisi saya. Paling seronok apabila semua komiti berkumpul dan mulalah aktiviti menganjing. Nampak sangat tak ada kerja, namun itulah yang membahagiakan saya. Bahagia dengan ahli-ahlinya yang sekepala.

Saya tidak suka menggunakan istilah 'Aku senior, maka akulah berkuasa'. Walaupun ramai ahlinya junior, itu tidak bermakna saya meletakkan jurang, malah itu yang mengajar saya erti hormat-menghormati terhadap kawan yang sebaya mahupun muda.

Demi Allah, saya sayang mereka sangat!










Taklibanians, dah kahwin nanti, jangan lupa jemput saya. Sekian.

Friday, February 13, 2015

12 Februari... Impian dan Percaya


Bismillahirrahmanirrahim

Setelah beberapa minggu juga saya tak menulis lantaran malas yang teramat. Hari ni, saya berjaya juga buang rasa malas daripada berblogging selepas rajin baca blog Irine Nadia dan Aisyah Shakirah. Kisah-kisah mereka sangat menginspirasikan saya.

Kembali pada tajuk, 12 Februari... Impian dan Percaya. Baiklah, tarikh 12 Februari meninggalkan dua memori. Manis dan pahit.

Saya mulakan dengan memori manis dahulu.

Credits to Smartphone Bell

Pertemuan aku dengan Aisyah Shakirah.

Agak lama juga saya kenal Kak Aisyah ini melalui Youtube dan dua kali berjumpa depan mata iaitu ketika di YouthACE 2014 dan Pusat Asasi UIA Petaling Jaya.

Ketika di Pusat Asasi UIA PJ inilah baru saya nak berkenalan dengan dia memandangkan dia sangat hebat orangnya. Teringin juga saya nak panjangkan silaturrahim dengan Kak Aisyah Shakirah ini. Jadi, saya berikan business card saya kat dia dengan mengatakan saya penulis buku 1,2,3... Say Cheese! dan dia kelihatan sangat teruja apabila saya tunjuk cover buku dalam telefon bimbit. Siap nak beli lagi. Dush! Dush! Silap saya juga, tak bawa siap-siap buku itu sebab saya baru tahu minit terakhir ada Aisyah Shakirah datang beri talk.

Seronok bersembang dengan Kak Aisyah ni. Dia sangat rendah diri, mesra, ceria, sporting lepak-lepak gitu. Walaupun English aku kurang baik tetapi saya usaha juga untuk bersembang dengan dia.

Kak Aisyah: Had you been to Thailand?
Aku: Yes.
Kak Aisyah: Had you been to Krabi?
Aku: No. Just Narathiwat, Yala...
Kak Aisyah: Oh ok. You should go there. Go and play at the beach and play for one day. Sure you will be like me, dark skin because I played for a whole day without wearing sunblock.
Aku: Oh ok. 0.0 (Biar betul Kak Aisyah ni?)

Hewhewhew... Perkara paling menarik bila nak selfie. Saya dan kawan-kawan memang tak reti selfie dan bukanlah kaki selfie. Kak Aisyah juga menawarkan diri jadi tukang pegang telefon. Nampak sangat memang  Kak Aisyah ini kaki selfie. Yakin je pegang. Saya? Sah-sah tak reti walaupun tulis buku pasal kamera. Ihihih...


Credits to Smartphone Bell

Jadi, itulah impian saya yang menjadi kenyataan. Ada lagi dua orang yang saya ingin jumpa iaitu Irine Nadia dan Dena Bahrin. Teringin nak tengok secara live.

Memori sedih pula...


Al-Fatihah untuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah kembali ke rahmatullah, bersamaan dengan hari saya dengar talk Aisyah Shakirah. Beliau merupakan sang murabbi yang sangat disegani dan tawadhu' orangnya. Ilmu yang beliau ada juga sangat banyak dan beliau mempunyai pendidikan yang sangat hebat. Kehilangan beliau sangat dirasai.

Masih saya ingat pertama kali jejak kaki ke Kelantan untuk menyambung pengajian sekolah menengah dan mendengar kuliah yang disampaikan oleh beliau, saya tak faham langsung loghat Kelantan ketika itu. Sedar tidak sedar, memori itu sudah 7 tahun berlalu. Semoga TGNA damai di sana.

Berehatlah dikau sang murabbi. Syurga menantimu. Insya-Allah...

Sangkanya saya pada mulanya, hanyalah sekadar khabar angin. Akhirnya, saya percaya dan akur bahawa TGNA sudah pergi meninggalkan kita semua.

Monday, December 29, 2014

Jualan Gudang BLINK 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang saya cuti semester ini, banyak program atau aktiviti yang telah saya sertai. Ini merupakan salah satu aktiviti yang telah saya sertai iaitu Jualan Gudang BLINK Ain Maisarah di Nilai Square.


Saya telah hadir bersama junior saya, Aiesya pada hari terakhir. Huhuhu... Antara aktiviti yang telah saya lakukan untuk memeriahkan jualan gudang dan memberi sokongan kepada para penulis BLINK iaitu:-

Menghasilkan Mood Board, Dream Board, dan banyak nama yang lain di bawah tunjuk ajar Abang Alam Anuar yang menulis Dekor-Dekor Ain Maisarah dan Aku Mahu Banglo Pink.

Sumber FB Abang Alam Anuar

Bersama saya dan Aiesya juga, ada dua orang BLINKERS yang turut memeriahkan aktiviti di gudang BLINK ini iaitu Aliah dan Dina.

Hasilnya:

Sumber FB Abang Alam Anuar

Decorboard ini merupakan salah satu aktiviti yang pernah saya lakukan suatu ketika dahulu iaitu menampal barang-barang impian pada kad keras bersaiz A3, namun dulu saya tampal pada buku tulis sahaja. Hohoho...

Seterusnya, aktiviti Mencipta Maskot Sri Bangsar dan Melukis Watak Sri Bangsar di bawah tunjuk ajar Kak Eima Manan yang telah menulis Aku Mahu CK dan Gosip Sri Bangsar-Nasyid vs Koir.


Sumber gambar Kak Eima Manan

Khusyuk kami, para BLINKERS membuat aktiviti-aktiviti ini.

Hasilnya...

Sumber gambar Aiesya

Ok, agak hodoh lukisan dan maskot saya. -_-

Bersama BLINKERS yang lain. Ada BLINKERS tambahan iaitu Farhanah yang juga mengikuti perkembangan saya sebagai penulis di Facebook dan beberapa yang saya tidak ingat nama.

Sumber gambar Kak Eima Manan

Akhir sekali, kehadiran Kak Ain Maisarah, penulis kegemaran saya tiba di jualan gudang. Oh gembiranya hati ini! Kalau dahulu saya hadir sebagai pembaca, kini saya hadir di gudang beliau sebagai pembaca dan penulis. Alhamdulillah!

Sumber gambar Aiesya

Terasa bangga Kak Ain sudi bergambar dengan buku saya, Alhamdulillah a'la kulli hal :)

Tuesday, December 16, 2014

1,2,3... Say Cheese! by Adilah Zulkiffli

Bismillahirrahmannirrahim...


Tada!

Buat pembaca blog yang saya hormati, saya mempersembahkan karya sulung saya iaitu 1,2,3... Say Cheese! setelah lama menyepi dari menulis blog ini.

Alhamdulillah, dalam tempoh dua tahun juga perjuangan saya bersama 1,2,3... Say Cheese! ni. Pahit manis dan jatuh bangun saya merasai. Ini hasilnya. Saya masih mampu tersenyum ceria walaupun ada ketakutan sebenarnya, namun saya masih berani untuk mencuba dan menongkah arus.

Harga novel ni RM13 di bawah terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd yang menerbitkan Majalah Asuh, Majalah Anis, Majalah Gen-Q, dan sebagainya.

Untuk sebarang order bersama cik penulis ni, saya masih tak buka sebarang order.

Boleh beli melalui laman web Galeri Ilmu :- http://www.galeriilmu.com/belian-majalah/product/631-1-2-3-say-cheese

atau 

Instagram: @gengbukukreatif dan @nd_uk

P/S: Awal-awal saya minta maaf sekiranya novel saya tak menarik dan hambar. Saya hanya menulis sekadar untuk berkongsi dan melontarkan idea apa yang saya rasa.

Friday, October 3, 2014

1,2,3 Say Cheese! - Part 2

Bismillahirrahmannirrahim

Sambungan daripada 1,2,3 Say Cheese - Part 1.

Mungkin ramai yang ingin tahu jalan-jalan liku yang telah saya hadapi sepanjang proses pemurnian novel ini. Untuk bahagian ini, saya kongsikan cabaran-cabaran yang saya hadapi dan pengakhirannya.

  • Setelah tamat SPM, saya menulis seperti biasa. Mencari ilham sini dan sana dengan penuh kegigihan (ayat klise. LOL!). Usai siap, saya hantar kepada Tuan Amir dan novel saya ini diperiksa oleh editor bawahnya iaitu Puan Zulina Hassan. Apabila beliau memeriksa dan membetulkan kesalahan saya, seterusnya mengembalikan kepada saya melalui e-mel, saya membukanya dan rasa seperti "Ya Allah! Teruknya!" Memang saya akui, terlalu banyak sangat yang tidak kena, terlalu banyak lompong dan kekurangan. Almaklumlah, penulis baharu. Memang ada banyak yang tidak kena. Itu cabaran sebenarnya buat mana-mana penulis pun.
  • Perasaan membuat pembetulan muka demi muka? Memang saya ada rasa putus asa. Demi Allah, sangatlah rasa putus asa! Sampai saya rasa saya tidak mahu teruskan lagi tetapi memikirkan minat dan peluang yang ada, saya tidak mahu sia-siakan. Akibat saya rasa editor ini terlalu tegas, saya menghentikan aktiviti penulisan seketika buat beberapa bulan kerana saya merasakan terlalu sukar untuk membetulkan beberapa plot yang saya rasa agak remeh dan tidak perlu ditambah tetapi bagi beliau, pembetulan yang beliau lakukan itu sesuatu yang serius dan saya merasakan juga impian untuk menjadi penulis semakin kabur.
  • Apabila minda saya sudah bersedia untuk menghadap Puan Zulina kembali dan sudah membetulkan walaupun saya rasa memang semangat saya jatuh merundum sepanjang pembetulan itu dilakukan tetapi saya bersyukur kerana saya berjaya juga menyiapkan. Kata beliau, beliau tidak dapat menguruskan novel saya dek kesibukan yang melanda dirinya. Jadi, dia minta saya rujuk kepada Tuan Amir kembali. Kata Tuan Amir, Puan Zulina diganti oleh Puan Aini. 
  • Puan Aini memeriksa pembetulan yang saya lakukan. Kata beliau, ada yang tidak perlu ditambah dan perlu dikurangkan. Puan Aini banyak juga membantu dari segi untuk menambah perisa dalam beberapa plot dan dia tidaklah setegas Puan Zulina dan lebih bersifat keibuan. Atas bantuan beliau, berjaya juga novel ini disiapkan. Alhamdulillah dan menyerahkan semua kepada Tuan Amir.
  • Kami bertiga memang berhubung di e-mel sahaja sepanjang sesi pemurnian ini. Memang perlu agak formal dan wujudnya rasa hormat antara penulis dan editor.
  • Banyak kali juga Tuan Amir minta pandangan saya untuk tajuk novel. Sejujurnya, saya tidak pandai memberi tajuk dan berserah pada pihak Tuan Amir untuk menentukan. Pihak beliau lebih tahu mana yang terbaik.
  • Usai semuanya, saya ingatkan sudah berakhir. Rupa-rupanya, saya perlu buat pula pruf penulis. Apa itu pruf penulis? Pruf penulis ini merupakan satu proses penyuntingan yang diperiksa oleh penulis terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada editor untuk penyuntingan yang lebih tepat daripada segi tatabahasa, ejaan, dan seumpama dengannya. Ini contohnya.

  • Memang agak gigih dan berusaha untuk memeriksa baris demi baris dari awal mukasurat hingga akhir mukasurat supaya tiada kesalahan. Kalau ada pun, memang tidak sengaja atau tidak perasan. Apabila saya menyiapkan assignment untuk subjek 'Maharat Kitabah' atau dalam Bahasa Melayu iaitu Kemahiran Menulis, sama seperti yang saya buat untuk pruf penulis ini dan saya merasa tekanannya. Sangat terasa!
  • Itulah kerja terakhir saya dan cabarannya sudah berakhir. Syukur! Saya juga menerima beberapa buah lukisan yang dilukis oleh Kak Hani untuk dimasukkan dalam novel saya. Kiranya, novel saya nanti ada gambar-gambar ilustrasi yang sangat comel seperti ini:-


  • Saya juga diberi peluang untuk memikirkan konsep cover novel. Ketika itu, minda saya teringat dua buah buku iaitu sebuah novel yang bertajuk Gadis Komik dan sebuah komik, inspirasi daripada Komik-M PTS bertajuk Aviasi Fantasi.




  • Secara jujurnya, saya lebih suka konsep muka hadapan Aviasi Fantasi kerana lebih nampak ciri-ciri lelaki dan memang saya sengaja pilih konsep Aviasi Fantasi supaya pembaca tertarik untuk membeli. Memang saya tunjuk cover novel saya, kebanyakannya ingat novel saya ini sebuah komik. Hakikatnya, iainya sebuah novel. Untuk Gadis Komik pula, saya sukakan warnanya yang sangat ceria dan energetik.
Jadi, itulah kisahnya sejak mula karya saya diterima oleh Syarikat Galeri Ilmu hinggalah buku ini bakal diterbitkan. Mohon doakan saya supaya saya diberi ilham untuk menulis novel-novel yang seterusnya.

Tuesday, September 30, 2014

1,2,3 Say Cheese! - Part 1

Bismillahirrahmannirrahim

Jeng~ Jeng~ Jeng~

Buat warga pembaca blog yang saya hormati...


Inilah cover novel saya yang bertajuk 1,2,3 Say Cheese! merangkap 'anak sulung' saya. Kelahiran novel ini dalam hidup saya sangatlah berharga kerana terlalu banyak jalan-jalan liku yang telah saya hadapi untuk memastikan semuanya berjalan lancar sehingga adanya cover hadapan ini.

Bagaimana karya sulung saya ini diterima? Pastinya anda tertanya-tanya. Baru kini saya rajin untuk menceritakan kronologi-kronologinya.

  • Pada mulanya, saya menulis tentang novel lain yang saya merasakan sangatlah merepek dan sekadar mencuba nasib di sebuah syarikat buku yang bernama Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Ketika itu, saya menghantar proposal untuk novel lain sebenarnya.

  • Saya ada bercerita mengenai saya menerima Anugerah Nilam daripada pihak sekolah untuk tahun 2011 dan blog saya telah dilawati oleh seseorang iaitu editor Galeri Ilmu, Tuan Amir. Kata beliau dalam komen "Tahniah. Saya Amir, editor GISB. Adik ada hantar proposal pada kami, sedang dinilai insya-Allah. Sebetulnya saya lebih gemar sekiranya penulis baharu seperti adik dapat datang terus ke ofis kami di Kota Damansara untuk kita berkongsi fikrah. Boleh?". Bagaimana Tuan Amir tahu? Mudah sahaja. Semasa saya menghantar proposal, saya sertakan alamat blog saya.

  • Takdir Allah, saya dan Tuan Amir bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan bersembang pelbagai perkara tentang dunia penulisan. Dia pernah berkata pada saya supaya saya fikir cerita yang masih belum dibuat. Memang saya gigih mencari ilham sehinggalah saya terpandangkan senior sekolah saya. Alhamdulillah, ilham yang Allah hadir untuk saya dengan melihat senior saya yang selalu bersama dengan kamera 'DSLR'nya. Jadi, terdetik untuk saya menulis novel mengenai kamera.
  • Berbekalkan semangat dan azam yang tinggi, ilham mencurah-curah untuk saya menulis sinopsis keseluruhan cerita dan dua bab untuk dihantar ke Syarikat Galeri Ilmu dan saya hanya berserah pada Allah. Terima atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka.
  • Sehari sebelum SPM yakni 4/11/2012, saya tergerak hati untuk membaca e-mel yang telah saya tanda sebagai semua sudah dibaca memandangkan banyak e-mel yang merapu saya simpan. Saya periksa satu persatu sehinggalah saya ternampak satu e-mel yang bertajuk 185 Surat tawaran - BUDAK KAMERADemi Allah, saya memang terkejut dan tidak percaya. Ini kandungan surat tersebut.


  • Memandangkan saya tidak percaya, saya bertanya pada Tuan Amir dan Tuan Amir mengiyakan. Memang saya rasa... Whoa! bercampur Alhamdulillah! Impian yang saya nanti selama 6 tahun ketika itu sudah tercapai tetapi demi peperiksaan SPM, saya tolak tepi dahulu tentang novel saya ini memandangkan saya menerima surat tawaran ini dalam keadaan novel saya masih belum siap.

Saya berhenti setakat itu dahulu. Nantikan kisah 1,2,3  Say Cheese - Part 2 pula nanti :)


Friday, March 21, 2014

Saya dan Syaria'h


Bismillahirrahmannirrahim

Sudah lama blog saya berhabuk. Huu~~ Kini, saya rajin kembali untuk update blog.

Kerana apa?

Syaria'h...



Terdiri daripada Amir, Saya, Syafiqah, Afiq...

Kami merupakan pelajar yang menyertai Debat Arab Youth Voice-Their Proof yang dianjurkan oleh Quranic Language Department dengan gabungan Arabic Debate Club, Centre for Foundation Studies IIUM (CFS IIUM).

Alhamdulillah, pusingan demi pusingan kami menang bermula dari pusingan pertama yang mempunyai tiga pusingan, pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir, dan pusingan akhir. Sebenarnya, saya bangga apabila Kumpulan Syaria'h berjaya sehingga ke pusingan akhir meskipun kami meraih tempat kedua. Bagi saya, saya puas hati kerana pusingan akhir merupakan impian saya sejak sekolah menengah lagi.

Bersama Syaria'h, saya menjadi kuat kerana mereka merupakan kekuatan saya jika saya jatuh mahupun tertekan. Saya bersyukur apabila bersatu dengan mereka. Suka duka, sama-sama kami hadapi. Syukur.



Istimewanya kami kerana kami semua dari wilayah yang berbeza. Syafiqah dari Wilayah Pantai Timur, Amir pula dari Wilayah Utara, saya pula dari Wilayah Tengah, Afiq pula dari Wilayah Selatan. Sempurna ^_^

Bersama kekurangan dan kelebihan, kami bersatu. 

Syaria'h.

Kita istimewa :')


Bersama Ustaz Syed Hassan Haggag, penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya.

LAWS + BAR = SYARIA'H!

Friday, January 24, 2014

Persoalan Mengenai Debat



Soalan lazim yang sering ditanya kepada saya mengenai debat arab ....

S: Sejak bila sertai debat arab ini?
J: Sejak tingkatan empat sehinggalah kini, di pusat asasi UIA PJ.

S: Siapa yang mengajak kau debat mula-mula dulu?
J: Ustaz debat sewaktu zaman sekolah, Ustaz Ikhwan... Beliaulah yang membawa aku ke dunia debat ini... 

S: Tak takutkah debat? Arab pulak tu...
J: Emm... Siapa kata aku tak takut? Semestinya aku takut tetapi sebab aku mahu mencuba, aku masuklah... Alhamdulillah, aku boleh berbahasa arab sejak bersekolah di Kelantan dahulu... Jadi, tiada masalah...

S: Tak takutkah bercakap depan orang ramai? Kalau aku, memang aku tak naklah...
J: Aku memang suka bercakap depan orang ramai... Walaupun memang wujud perasaan takut dan gementar... Gagap pun satu hal tetapi aku terus cuba dan cuba...

S: Biasanya kalau kau debat, kau jadi orang yang keberapa?
J: Aku pernah merasai semua... Pendebat pertama, kedua, mahupun ketiga tetapi aku lebih aktif menjadi bermain posisi yang ketiga...

Emm... Itulah antaranya yang orang tanya... Kalau nak tanya apa-apa, silakan... Tiada masalah :)


Sunday, November 3, 2013

Saya dan 3 November

Bismillahirrahmannirrahim

Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana hari ini hari bersejarah untuk seorang lagi adik saya,  Muhammad Nadzmi yang telah tamat menghafal Al-Quran pada 30 Oktober baru-baru ini... Kembarnya, Muhammad Nazhan telah tamat menghafal Al-Quran pada 22 Jun 2013 lepas...

Dari kiri: Muhammad Nazhan, Muhammad Nadzmi, Saya

Alhamdulillah ^_^

Sejujurnya, saya amat cemburu dengan adik-adik saya setelah mendengar kata-kata dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Nazrul tentang kelebihan bagi sesiapa yang menghafal Al-Quran dan mengamalkannya...

Kata beliau...
"Di akhirat, ibu bapa akan dipakaikan makhota dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari" 

Ya, memang saya pernah dengar... Cumanya, sudah lama... Setiapa apa yang ustaz itu katakan mengembalikan kembali tanggungjawab saya sebagai penghafal Al-Quran walaupun saya tidak habis... Saya berhenti setakat 12 juzuk sahaja...

Namun begitu, saya rasa seperti mahu menyambung kembali hafalan saya dan menghabiskannya seperti adik-adik saya... Memang bukan sekarang tetapi satu hari nanti...  In Sha Allah ^_^

Perasaan seronok itu tidak dapat digambarkan melainkan saya menumpang gembira untuk adik-adik saya... Sungguh... Bangga pun ada...

Selain itu....

Saya mahu mempromosikan sesuatu...


CD Qasidah yang diterbitkan oleh Inteam Records... Dialunkan oleh para sahabat adik-adik saya, Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Al Syaafie, Hulu Kelang... 

Harganya, RM19.90... Best sangat! Tak rugi kalau beli... ^_^ 

Kandungannya:

-Ya Hanana
-Assalamua'laik
-Nurul Mustofa
-Ya Badratim
-Solatun
-Tholama
-Alfa Solallah
-Ya Imamarrus
-Ya Thoibah
-Ahmad Ya Habibi

*Tolong promote sahaja... Boleh sebarkan pada orang lain...

Saturday, October 12, 2013

Saya dan 18 Tahun Itu

Bismillahirrahmannirrahim

Sudah lama sangat tak menjenguk blog ini lantaran malas yang teramat. Untuk saya katakan saya sibuk itu, tidak juga sebab di CFS IIUM, jadualnya tidaklah terlalu padat sebab subjek yang saya belajar pun tidak banyak sangat.

Tiba-tiba hari ini, rajin pula saya mahu menulis entri baharu. Mungkin saya rindu untuk membebel dan berkongsi kisah.


Angka 18 ini merujuk kepada usia saya yang telah berusia 18 tahun, 3 bulan, 3 minggu, dan 2 hari (mengikut hari ini).

Setelah selamat menjawab End of Semester untuk Sem 1 13/14, apa yang dapat saya simpulkan bahawa terlalu banyak pengalaman pahit manis sepanjang menjadi hamba Allah, anak, kakak, adik, pelajar, dan sahabat. Terasa perjalanan semakin sukar.

Saya sedar bahawa kehidupan memang bukan mudah. Masih terasa yang diri ini tidak matang. Masih gagal untuk menjadi seorang yang baik. Saya amat menyedari hakikat itu.

Kehilangan seseorang dan kemunculan seseorang itulah yang banyak mengajar saya supaya bersikap lebih memahami, lebih menyayangi, dan lebih berhati-hati. Bukannya saya boleh puaskan hati semua orang. Namun begitu, saya berusaha untuk memberi dan terus memberi.

320 dan 305 dalam kenangan untuk Sem 1, 13/14. Demi Allah, saya akan sentiasa merindui kalian :')


Brothers starting from left:- Azhar, Azim, Mustaqim, Fazriel, Arif, Azizul Hakim, Syahmi, Kasyaf, Salahuddin, Syarafuddin

Sisters starting from left:- Ezma, Alia, Saya, Ermilia, Aisyah, Natrah, Amirah, Basirah, Amalina, Nabila, Aainaa, Aidiela, Faizah, Aznie


"Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan"

Sunday, July 7, 2013

Centre for Foundation Studies IIUM, Petaling Jaya

Bismillahirrahmannirrahim.


Sudah lama saya tidak meng'update' blog kesayangan saya ini, lantaran sibuk menjadi mahasiswa. Ok, ini semua poyo!

Untuk pengetahuan semua, saya menyambung pelajaran saya di Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia dalam jurusan undang-undang.

Sepanjang saya berada di CFS ini, terlalu banyak ujian yang telah saya hadapi. Gembira, kecewa, menangis, dan seumpama dengannya telah saya rasai. Penat usah dikata. Setiap hari, saya terasa penat. Namun begitu, saya sedar bahawa ini semua untuk mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan sebenarnya. Cumanya, saya yang terlambat sedar dan tidak berusaha untuk menyelaminya.

Projek penulisan saya pun turut tegendala seketika akibat kesibukan yang saya hadapi. Bukan bermakna saya berhenti menulis untuk selama-lamanya. Itu mustahil kerana menulis adalah separuh daripada nyawa saya. Bagai irama dan lagu.

Apa-apa pun, saya berharap semoga perjalanan saya akan lebih teratur selepas ini. Wallahu a'lam.

Wednesday, May 29, 2013

Sejarah Dunia Penulisan Saya

Bismillahirrahmannirrahim


Memandangkan ramai yang mahu tahu sejarah bagaimana saya boleh terlibat dengan dunia penulisan ini, saya akan coretkan untuk tatapan bersama.

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini sewaktu saya berusia 11 tahun. Ketika itu, sekolah saya menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Salah satu pertandingan yang saya ingat untuk tahun 4, 5, 6 ialah Pertandingan Menulis Cerpen. Setiap pelajar wajib masuk.

Ketika itu, saya bukanlah seorang yang minat membaca sangat. Novel Bahasa Melayu pun ada satu sahaja. Itu pun sewaktu saya darjah empat. Novel Bahasa Inggeris pun, saya baca sewaktu usia 10 tahun ke bawah. Paling popular, karya-karya Enid Blyton.

Berbalik kepada Pertandingan Menulis Cerpen itu, saya pun menulislah. Tajuknya pun saya tidak ingat. Usai menulis, saya menyalin cerpen itu semula dalam buku nota. Sayanglah katakan kerana saya rasa cerpen itu agak menarik perhatian saya. Ceh, perasan!

Selang beberapa hari kemudian, saya menatap kembali cerpen sebanyak dua mukasurat itu, timbul untuk menyambung cerpen itu. Lantas, saya mengoyak dan huraikan lagi cerpen itu. Akhirnya, berubah menjadi novel pula.

Sejak dari hari itu, minat saya terhadap menulis terlalu mendalam. Apabila naik ke darjah enam, saya masih ingat lagi, saya pernah mendapat markah untuk subjek Bahasa Melayu (Penulisan) iaitu 95%. Saya juga dianugerahkan Best Subject of Bahasa Melayu(Penulisan). Selain itu, saya juga menyertai bengkel penulisan Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apabila naik ke alam sekolah menengah, saya masih menambah lagi bab-bab untuk novel tersebut. Banyak kali juga diubah jalan cerita, plot, dan tajuk cerita. Biasalah, masih tidak matang dari segi tatabahasa dan kosa kata yang masih lemah. Akhirnya, tajuk novel itu diberi oleh kawan saya iaitu 'Untaian Mahabbah Fillah'. Saya pernah menghantarnya di dua syarikat penerbitan dan ditolak. Jadi, saya melupakan hasrat untuk menghantar novel itu dan hanya menjadi tatapan membaca untuk diri sendiri sahaja kerana saya rasa cerita itu agak merepek. Hampir empat atau lima tahun juga saya menulis cerita itu.

Hobi menulis ini tidak pernah berhenti. Meskipun saya berada di asrama dan tidak dibenarkan membawa laptop, saya mengambil buku tulis dan menulis di dalamnya. Saya ada juga menulis satu lagi cerita yang bertajuk 'Twins Forever'. Masih ada dalam buku nota dan tidak bertaip lagi dalam komputer. Novel itu, saya menulis sekadar suka-suka dan masih tidak berhajat untuk menghantar ke mana-mana lagi.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia penulisan ini, apa yang saya dapat ialah kosa kata saya bertambah dengan membaca.

Selain itu, saya juga menyertai lagi tiga bengkel penulisan iaitu Bengkel Penulisan Kanak-Kanak 2012 anjuran Mustread Sdn.Bhd, Bengkel Penulisan Islamik Hilal Asyraf Zon Tengah 2013 anjuran Langitiman Resources, dan Minggu Penulis Remaja 2013 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesimpulannya, membaca dan menulis merupakan terapi untuk saya.

Wallahu a'lam.

Tuesday, May 21, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(4 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim

Baiklah, ini post yang terakhir berkenaan pesta buku. Pada hari terakhir ini, memang saya akui terlalu ramai orang. Kebetulan pula, saya menunggu adik yang baru balik dari asrama. Jadi, lama juga bertapa di pesta buku.

Pada hari terakhir juga, saya jumpa ramai orang-orang yang hebat dan kawan-kawan juga.

Antaranya:-

Dr Muhaya

 Emcee Galeri Ilmu Sdn.Bhd

Hanis Naziha, roommate ketika Perkampungan Menara Gading Kebangsaan.

Nur Munirah Junid, antara rakan saya yang akrab.

Ajwad Amal, ahli nasyid Dua'.

Sudah dua kali saya bertemu dengannya... Saya juga turut membeli karya sulungnya... Tahniah Bro Ajwad :)

Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Alumni Minggu Penulis Remaja 2013.

Baru gambar yang sempurna. Suami isteri. Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi.

Siti Rosmizah. Saya tak pernah baca karyanya lagi tetapi satu hari nanti mungkin.

Iwan Reaz.

Yatt Hamzah. Jumpa buat kali kedua.




Para penulis Blink buat kali yang terakhir.

 Para pelukis komik Gempak Starz

Dan pelukis komik kegemaran saya iaitu Keith.

Ingatkan saya sudah tidak membeli novel. Hari terakhir pun masih membeli. Novel Anakku Brain Tumor dan Hazim, Aizat dan Muzik, kakak saya yang belanja.

Itulah coretan saya mengenai pesta buku selama enam hari saya menjelajah di situ. 

Konklusinya, novel yang saya beli sebanyak?


Kira sendiri :)

Wallahu a'lam.