Sunday, December 11, 2011

Jalan-Jalan

Bismillahirrahmannirrahim

Saya berpeluang untuk menyertai usrah di Taman Tasik Titiwangsa yang disertai juga oleh kawan-kawan Maahad Al-Manar. Sudah beberapa bulan saya tidak berjumpa dengan mereka. Memang saya rindukan mereka.



Selepas tamat usrah, saya, kakak saya, dan dua orang kawan saya pergi kedai binatang. Pelbagai binatang yang ana jumpa. Comel pula semuanya!

Sugar glider atau tupai terbang

 Err... Saya sendiri tidak tahu binatang apakah ini tetapi saya suka apabila lihat binatang ini bersalam dengan manusia.

 Arnab ini saya lihat seperti cotton candy pula. Geram dengan bulunya yang sangat gebu.

 Ini arnab atau wonderpet? Saya sendiri pun tidak pasti.

 Kalau dalam sangkar ini, penuh dengan binatang 'wonderpet' tetapi binatang yang sedang diusap iaitu arnab.

Panorama indah. Subhanallah!

Wednesday, December 7, 2011

Preview Novel Hilal Asyraf

Bismillahirrahmannirrahim.
 

Sebenarnya, novel ini saya beli secara online pada tiga hari yang lepas. Novel ini telah selamat sampai di tangan saya. Alhamdulillah.

Jujurnya, ini merupakan novel pertama yang saya baca hasil nukilan Hilal Asyraf. Selama ini, saya baca novel karya Ain Maisarah sahaja. Kini, saya berjinak-jinak pula dengan penulisan Hilal Asyraf. Walaupun saya sekadar membaca cerpennya, Aicha di laman webnya, Langit Ilahi tetapi penulisannya yang unik itu membuatkan saya mahu membaca novelnya pula. Penulisan beliau yang penuh islamik dan bahasa yang mudah difahami membuatkan saya ingin membaca novel-novelnya yang lain pula. Selepas ini, saya mahu membeli novelnya, Sinergi selepas membaca sinopsisnya.

Sinergi


Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan. Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya. Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu. Sekumpulan pelajar bermasalah "Disaster Five" tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah. Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap...

Saturday, November 19, 2011

Ihtifal Lil Athfal

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah, saya telah menyertai satu program yang bernama Ihtifal Lil Athfal di Masjid Besi, Putrajaya. Memang terasa letihnya sebab program ini tamat selepas Maghrib.



Namun begitu, keletihan saya terbalas apabila saya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hafazan. Alhamdulillah. Berkat sokongan kawan-kawan, guru-guru, dan ibu bapa yang turut sama-sama menyaksikan anak-anak mereka berlawan...


Inilah hadiah yang saya terima.

Alhamdulillah! Tahniah juga buat kawan-kawan saya yang lain.

Rahman Sarbini (Tempat kedua Tilawah Lelaki Peringkat Menengah)
Adam Shah Shahidan (Tempat ketiga Tilawah Lelaki Peringkat Menengah)
Nur Farah Liyana (Juara Tilawah Perempuan Peringkat Menengah)
Amin Al-Hadi (Juara Hafazan Lelaki Peringkat Menengah)
Amirun Raha (Tempat kedua Hafazan Lelaki Peringkat Menengah)
Amin Al-Hadi (Juara Khat)