Saturday, December 24, 2011

Aqsa Syarif Teens + Graduation Day

Bismillahirrahmannirrahim.

Saya telah terlibat tiga aktiviti dalam satu hari. Sepatutnya, aktiviti pertama saya untuk pergi ke tuisyen tetapi memandangkan program anjuran Aqsa Syarif masih tidak membuat apa-apa persediaan lagi dan bermula pada pukul 2.30 petang, saya tidak jadi pergi ke tuisyen.

Memandangkan AJK Aqsa Syarif Teens yang lain masih tidak datang lagi, jadi saya usahakan sendiri untuk kemas tempat yang disediakan. Letih memang letih tetapi alhamdulillah, program berjalan dengan lancar walaupun terlewat dari waktu yang sepatutnya.

Peserta perempuan

 Peserta lelaki

 Abang Faiz yang menjadi pengacara majlis untuk Program Aqsa Syarif Teens ini.

Apabila anak-anak buah saya sedang buat pembentangan, abang saya datang dan dia bawa pergi Graduation Day kakak saya pula. Sedih juga apabila saya tidak dapat menyertai untuk majlis penutup. Memang saya terkejar-kejar sebenarnya. Letih ada, pening pun ada.

Usai Maghrib, saya menuju untuk Hari Graduasi kakak saya di Hotel De' Palma.

 Kebosanan melanda.


Bersama kakak saya (Graduan 2011)

Sunday, December 18, 2011

Preview Novel:-VT & Sinergi

Bismillahirrahmannirrahim

Saya rasa seronok membaca novel-novel Hilal Asyraf. Novel-novel beliau banyak mendidik diri ini, meskipun saya baru sahaja membaca tiga buah karyanya iaitu Hero, VT, dan Sinergi.

Percaya atau tidak, saya sanggup korbankan tidur saya semata-mata untuk menghabiskan novel VT yang memang unik jalan ceritanya. Sekarang ini, saya sedang berusaha menghabiskan bacaan novel Sinergi pula. Tidak sabar saya untuk mengetahui pengakhiran novel Sinergi ini. Moga-moga saya terinspirasi untuk menulis novel seperti Hilal Asyraf.

Insya-Allah.

Memang sesuai dengan tema yang dibawa oleh Hilal Asyraf "Mari Menjadi Hamba".

Sunday, December 11, 2011

Jalan-Jalan

Bismillahirrahmannirrahim

Saya berpeluang untuk menyertai usrah di Taman Tasik Titiwangsa yang disertai juga oleh kawan-kawan Maahad Al-Manar. Sudah beberapa bulan saya tidak berjumpa dengan mereka. Memang saya rindukan mereka.



Selepas tamat usrah, saya, kakak saya, dan dua orang kawan saya pergi kedai binatang. Pelbagai binatang yang ana jumpa. Comel pula semuanya!

Sugar glider atau tupai terbang

 Err... Saya sendiri tidak tahu binatang apakah ini tetapi saya suka apabila lihat binatang ini bersalam dengan manusia.

 Arnab ini saya lihat seperti cotton candy pula. Geram dengan bulunya yang sangat gebu.

 Ini arnab atau wonderpet? Saya sendiri pun tidak pasti.

 Kalau dalam sangkar ini, penuh dengan binatang 'wonderpet' tetapi binatang yang sedang diusap iaitu arnab.

Panorama indah. Subhanallah!