Tuesday, March 12, 2013

Hadiah dari Luton

Bismillahirrahmannirrahim

Peristiwa yang saya tidak sangka iaitu ayah kawan sekolah rendah saya dulu, datang rumah saya semata-mata untuk memberikan sesuatu yang pernah saya pesan pada anaknya itu tetapi saya tidak sangka, dia tidak beritahu bahawa ayahnya berada di Malaysia.

Namun begitu, saya memang teruja dengan hadiah tersebut. Dari luar negara. Luton... Luton itu di mana pula? Saya pun tak pasti. Hahaha.

Saya rasa sangat awesome sebenarnya. Biarpun sudah 9 tahun kami tidak bersua tetapi di FB merupakan medium untuk kami saling berhubung.

"Husna Rayyan binti Mohd Tahir, serius aku rindukan kau!"

Apa hadiah yang saya terima daripada Husna? Mari kita lihat.


S.T.A.M.P.S

Saya memang suka kumpul setem dan pernah pesan kepada dia supaya carikan setem untuk saya dan saya akan bayar. Pada hari ini, saya menerima setem dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

"Husna, aku harap friendship kita kekal hingga ke akhirnya. Aku sayang kau."

Wednesday, January 30, 2013

Terengganu Mari

Bismillahirrahamnnirrahim

Pada 24/1 sehingga 26/1 baru-baru ini, saya jalan-jalan di Terengganu bersama ibu, abang, dan sepupu saya kerana sepupu saya sebelah ibu tiri bakal melangsungkan perkahwinannya pada 26/1.

Majlis perkahwinan pada 26/1. Lagi dua hari itu, kami buat apa?

Semestinya makan angin.

Majlis kahwin itu di Dungun. Jadi, kami pergi ke Kuala Terengganu. Kira-kira satu jam dari Dungun. Kami bermalam di Batu Burok Beach Resort selama satu malam sahaja kerana pada 25/1 tersebut, kami perlu ke Dungun dan tidur di sana.

Sebelah resort tersebut ada pantai. Perlu ambil gambar untuk kenangan.









Sebelum kami bertolak ke Dungun, kami singgah di pasar untuk beli cenderamata. Saya tidak ingat apa nama pasar itu tetapi sangat dekat dengan Dataran Syahbandar.

Semasa majlis perkahwinan....





Seronok sangat ambil gambar sampai gambar pengantin tidak ambil.

Haih~~ xD

Sunday, January 20, 2013

Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf


Bismillahirrahmannirahhim

Alhamdulillah.



Pada 19/1/2012 merupakan tarikh bersejarah saya kerana saya berpeluang untuk menyertai satu bengkel yang bernama Bengkel Penulisan Islamik bersama Hilal Asyraf yang dianjurkan oleh Langitilahi Consultancy di Masjid Saad bin Abi Waqqas.

Sejujurnya, memang saya teruja dan bangga apabila saya antara peserta yang terpilih. Apatah lagi, bengkel ini sangat berlainan pengisiannya berbanding bengkel penulisan lain yang pernah saya sertai. 

Apa yang lain? Itu kena rasa sendiri.

Bengkel yang Langitilahi Consultancy anjurkan ini berbentuk tour dan mereka akan tour setiap wilayah. Wilayah yang sudah selesai iaitu Wilayah Tengah di Gombak. Tinggal lagi tiga wilayah iaitu Wilayah Timur, Wilayah Pantai Timur, dan Wilayah Selatan.

Sejujurnya, saya rasa berbaloi bayar RM100 ini. Bukan bengkel semata-mata tetapi ada juga pengisian rohani.

Apa-apa pun, saya mendoakan juga kepada para peserta yang lain supaya mereka juga dapat menulis dan menyebarkan nilai keislaman dalam bentuk mata pena. 

Sama-sama kita berjaya di dunia dan di akhirat.