Sunday, January 20, 2013

Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf


Bismillahirrahmannirahhim

Alhamdulillah.



Pada 19/1/2012 merupakan tarikh bersejarah saya kerana saya berpeluang untuk menyertai satu bengkel yang bernama Bengkel Penulisan Islamik bersama Hilal Asyraf yang dianjurkan oleh Langitilahi Consultancy di Masjid Saad bin Abi Waqqas.

Sejujurnya, memang saya teruja dan bangga apabila saya antara peserta yang terpilih. Apatah lagi, bengkel ini sangat berlainan pengisiannya berbanding bengkel penulisan lain yang pernah saya sertai. 

Apa yang lain? Itu kena rasa sendiri.

Bengkel yang Langitilahi Consultancy anjurkan ini berbentuk tour dan mereka akan tour setiap wilayah. Wilayah yang sudah selesai iaitu Wilayah Tengah di Gombak. Tinggal lagi tiga wilayah iaitu Wilayah Timur, Wilayah Pantai Timur, dan Wilayah Selatan.

Sejujurnya, saya rasa berbaloi bayar RM100 ini. Bukan bengkel semata-mata tetapi ada juga pengisian rohani.

Apa-apa pun, saya mendoakan juga kepada para peserta yang lain supaya mereka juga dapat menulis dan menyebarkan nilai keislaman dalam bentuk mata pena. 

Sama-sama kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Tuesday, January 1, 2013

Kenangan...

Bismilahhirahmannirrahim

Selamat tahun baru kepada semua pengunjung blog dilabanat95. Pasangkan azam dengan niat yang baharu. Semoga Allah memberkati kehidupan kita.

Baiklah, memandangkan cuti Disember banyak kenangannya. Jadi, saya imbas kembali aktiviti sepanjang bulan Disember ini.

6/12/2012- Selesai menjawab peperiksaan SPM

(Tidak ingat tarikh)- Tamat drama Warkah Cinta

10/12/12 sehingga 21/12/2012- Kem Tahfiz di Surau Al-Mukarramah

21/12/2012- Majlis graduasi.

Saya masih belum menceritakan tentang majlis graduasi ini.

Kini, saya sudah bergelar graduan SM Setiabudi.


Alhamdulillah dan selamat tinggal sekolah menengah.

Seterusnya.

Selamat Hari Jadi kepada adik kembar saya semalam (31/12/2012).


Sepanjang tahun 2012 ini, banyak pahit manis yang saya tempuhi sebagai pelajar SPM, namun saya mengharapkan pada tahun 2013 ini, lebih banyak kenangan manis. 

Ayuh! Kita lakarkan lebih banyak nostalgia untuk tahun 2013 ini :)

Thursday, December 27, 2012

Majlis Penutup Kem Tahfiz

Bismillahirrahmannirrahim.

Pada 21 Disember hari itu, berakhir sudah kem tahfiz. Bermakna, sudah dua minggu saya menabur bakti di situ. Di atas kelewatan untuk tulis entri baharu di blog ini kerana saya mengalami masalah kesihatan dan menyebabkan saya terpaksa tangguhkan aktiviti menulis blog ini.

Saya menjadi seorang ustazah dan banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang dua minggu.

Benar-benar menguji kesabaran saya untuk mengawal kanak-kanak ini tetapi mereka tidak adalah nakal sangat.

Namun begitu, itulah kanak-kanak. Fitrah mereka yang memang suka bermain. Saya benar-benar merindui mereka. Sudah seminggu menginjak pergi.

Haflah (Jamuan)








Semoga kami dipertemukan kembali. Ameen. Kalau tidak di dunia, di Syurga.